Die Gouge terhasil akibat die tertusuk alat-alat pembersihan yang tajam hasil dari kerja-kerja yang kurang teliti semasa proses pembersihan die. Die gouge yang popular pada syiling Malaysia biasanya berbentuk bulat. Kadang-kadang pening juga hendak membezakan antara die gouge dan die chip walaupun telah banyak diterangkan oleh pakar-pakar. Pada pandangan Nsdk extra metal di atas daun sireh diatas mempunyai ciri-ciri die gouge memandangkan bentuk extra metalnya yang terkawal dan bentuk daun sireh yang kelihatan sempurna. Mungkin ada pandangan yang lain...