Tuesday, 5 February 2013

Die Gouge Termahal!!

Syiling 1890-CC Morgan Silver Dollar mempunyai error die gouge yang istimewa sehinggakan harganya mencecah puluhan ribu Ringgit Malaysia.  Di Malaysia nampaknya syiling die gouge error semakin mendapat tempat dihati pengumpul.  Tetapi premiumnya tidaklah sehebat diluar negara.  Hobi ini masih baru lagi disini.  Untunglah ada yang sudi berkongsi.

Adakah peralatan yang digunakan untuk pembersihan die  luar negara sama seperti di negara kita? .  Tentulah proses penyediaan syiling pada zaman sekarang telah banyak berubah.  Lebih-lebih lagi mereka akan mengkaji setiap error yang terjadi dan akan memperbaiki kualiti syiling yang dikeluarkan. Itu tahun 1800....sekarang ni 2013.

Anda boleh lihat syiling Mogan Silver Dollar disini, pdf. 1890-cc Morgan Silver Dollar. Agaknya pernahkah syiling Malaysia dengan error seperti ini ditemui oleh para numis.


Nsdk cuba membayangkan apa yang terjadi sebenarnya pada syiling 1890 MCD seperti lakaran dibawah.





Ini hanya bayangan Nsdk sahaja tidak tahu betul atau tidak. Jika salah mohon tunjuk ajar dari yang lebih arif.

Sunday, 3 February 2013

Die Chip 10sen 1997






Terdapat lebihan logam dihujung sebelah kiri daun. Nsdk kategorikan ianya sebagai 
die chip error kerana lebihan logam tersebut terletak di hujung daun dan bukan di atas 
daun.  Imej daun  pada die yang berbentuk negatif mengalami sedikit kerosakan dan 
apabila  ianya menempa planchet terhasillah error berkenaan.