Friday, 5 April 2013

A pakai kasut ke?




Nsdk ingin kongsikan error pada syiling Malaysia 20sen 1968.  
Cuba lihat perkataan MALAYSIA dan perhatikan huruf A kedua.


 Hairan ya...  lebihan logam yang ada bagaikan bersambung.
 Nak kata die chip error macam bukan jenis die chip yang biasa.  
Nak kata die gouge tak nampak macam die gouge.
 Mungkin pakar  boleh bantu Nsdk merungkai persoalan ini.  

Sunday, 31 March 2013

Rockwell Test Mark ?



Hajat di hati nak siarkan gambar syiling berlubang-lubang pada pos yang lalu...tapi tak sempat nak ambil gambar. Banyak sangat. Nsdk siarkan syiling ini dulu.

Penguji kekerasan Rockwell digunakan untuk mengukur kekerasan logam dalam Mint AS. Ia mengukur kedalaman penembusan pin keluli pada sesuatu logam syiling. Di Malaysia tidak pula Nsdk tahu alatan jenis apa yang digunakan. Apabila diuji untuk planchet, akan muncul  sebuah lubang kecil bulat dengan lantai licin. Planchet tersebut sepatutnya dibuang.

Adakah kerosakan syiling di atas disebabkan penguji kekerasan logam atau benda asing yang lain?
Pelawat boleh cuba bandingkan kesan yang terjadi pada syiling di AS pada link dibawah. Pada pandangan Nsdk ada  perbezaan dibahagian tebing (mungkin alat yang digunakan berlainan) atau pun jenis error struck through....pandangan anda macam mana?

http://www.error-ref.com/rockwell-test-mark-in-planchet.html