Salam kepada pengunjung. Hari ini Nsdk ingin kongsikan sekeping syiling 50 sen yang telah diubah menjadi kerongsang. Syiling ini terjumpa semasa mengemas kotak tin. Tiada siapa yang tahu bagaimana syiling ini telah berada di rumah Nsdk.
Agak-agaknya syiling ini memang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan saduran warna emas atau pun dicelup dengan warna emas oleh penjual kerongsang?.
Ada juga buat carian di Google....tidak ada pula terjumpa apa-apa maklumat tentang syiling seperti ini. Jika diteliti tidak ada pula apa-apa catatan pada syiling yang menunjukkan ia dikeluarkan sempena peristiwa tertentu. Kemungkinan syiling ini telah disadur dengan warna emas oleh pereka cenderamata.