Thursday, 27 February 2014

Syiling Tahun Berapa?


Sebelum ini Nsdk  ada siarkan syiling 50 sen 2003, dengan Die Filled Error pada bahagian hadapan syiling. Berbeza dengan syiling diatas, dimana error pada kedua-dua muka syiling.  Jika dilihat pada tulisan SEN, hanya sebahagian kecil sahaja yang kelihatan.  Tahun syiling ini pula hanya kelihatan nombor 0’ sahaja. Tulisan Bank Negara Malaysia juga tidak sempurna.  Agaknya tahun berapa ya?.  

 
Nampaknya kedua-dua acuan die telah tersumbat dan telah menghalang logam planchet memenuhi ruang acuan die. 


Wednesday, 26 February 2014

Filled Die Error 50 sen 2003


 

Minyak gris dan pelincir sememangnya digunakan pada peralatan mesin pembuatan syiling.  Oleh kerana itu seringkali bahan-bahan seperti minyak pelincir, serbuk logam dari lebihan logam (semasa pemotongan) syiling dan minyak gris boleh menyebabkan acuan die tersumbat dan menghalang logam syiling memenuhi acuan die yang sepatutnya. Ketidaksempurnaan penempaan syiling di atas, dikenali sebagai Filled Die Error.