Wednesday, 3 October 2012

DOUBLE DIE (10 SEN 1973)



SYILING DOUBLE DIE PADA KESELURUHAN MUKA DEPAN


10 comments:

  1. Salam nsdk,
    Penemuan yg sangat menarik untuk dikongsi,memang betul walau syiling ini lusuh tapi banyak yang dapat diteliti pada syiling istimewa ini.Mungkin rakan2 yg lain akan menemui spesimen spt ini yg lebih elok yg dapat dilihat dgn jelas apa yg terjadi...Tahniah dan terima kasih

    ReplyDelete
  2. 1NSDKcoins,
    Cuba timbang syiling-syiling ini, kalau beratnya kurang dari 2.82gm bermakna syiling-syiling ini adalah syiling yang telah dimakan asid,bukan error dan tidak ada nilai numismatik.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak Mr.Dickson.
    Jika timbangannya kurang... sedih saya sebab bukan syiling DD yang tulen. Tetapi saya dan pengunjung blog ini dapat satu pengajaran yang sangat berguna. Bila dah ada pengetahuan kita akan lebih berhati-hati jika ingin membeli mana-mana syiling. Tapi saya dapat percuma je. Nanti saya akan cuma pinjam mana-mana penimbang yang bersesuaian.

    ReplyDelete
  5. Hi NSDK,
    Sayang sekali syiling ini begitu lusuh, tapi saya dapat tangkap apa yang NSDK cuba sampaikan. Teliti sungguh NSDK boleh perasan akan "bayang kedua" imej bangunan parlimen, bulan dan bintang pada bahagian depan syiling tersebut. Saya bersetuju dengan pendapat En Dickson di mana syiling ini telah dimakan asid (merujuk kepada kelusuhannya) tapi di masa yang sama saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa ini mungkin variety Doubled Die. Jika dilihat pada darjah pergandaannya, jika ini varieti Doubled Die yang tulen, ini adalah gandaan yang paling besar pernah dijumpai dalam sejarah numismatik. Disebabkan belum ada syiling Doubled Die yang dijumpai mempunyai gandaan sebesar ini (yang paling besar setakat ini saya rasa lebih kurang Lincoln US 1955 dan Malaysia 10 sen 2007 DDR), jadi ada kemungkinan imej kedua yang berganda tidak sejelas imej yang utama.

    Apa-apa pun, cara terbaik untuk mengesahkan ini adalah varieti DD yang tulen atau tidak mungkin saya bersetuju dengan pendapat depankanta, tunggu rakan-rakan lain dapat spesimen DD yang sama dalam keadaan yang lebih baik.

    Oleh itu sama-sama kita ambil ingatan akan 10 sen 1973, sila berhenti lama sedikit ketika membeleknya. :)

    Selamat mengumpul NSDK!

    ReplyDelete
  6. Salam Tn. Mnfaj. Semoga akan ada pengumpul yang menjumpai syiling ini dengan keadaan yang lebih baik.

    Terima kasih banyak kerana sudi melawat.

    ReplyDelete
  7. Salam Ndsk,

    Tumpang tanya,adakah bayang2 bulan dan bintang tersebut tenggelam atau timbul?
    Mungkin saya dpt mengenal pasti error tersebut...terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salam Afiq,
    Syiling nie bayang-bayangnya timbul seolah-olah ada tiga lapisan. Lapisan pertama (lantai syiling) plancet, lapisan kedua bayang-bayang dan lapisan paling atas objek bulan, bintang dan bangunan. Rasanya timbullah tu sebab jika syiling ini disendengkan dan dilihat dari semua arah bayang-bayang tersebut tetap dapat dilihat...jika ianya rata tentu tak nampakkan...
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Salam kembali Nsdk,

    Saya telah dapat mengenal pasti 'error' tersebut...
    Mungkin ia merupakan 'Capped Die Doubling'...merupakan sub-kategori untuk 'Striking Errors'...

    Striking Error>Capped Die Strikes>
    Capped Die Doubling>Raised Doubling

    Perlukan pandangan pakar tentang 'Capped Die Doubling' ini...

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  10. Salam Afiq,

    Terima kasih banyak kerana tolong mengenal pasti jenis error syiling di atas. Nsdk dah cuba buat carian di blog syiling error dan menemui gambaran yang seakan serupa... tapi macam kata saudara Afiq perlukan pandangan pakar juga... Nsdk tak tahu sangat procedure nak link website luar nie...takut kena saman...buat blog nie pun baru nak belajar-belajar.. ingat nak linkkan kat sini tak jadi pula...

    ReplyDelete