Sila lihat pada anak panah sebelah kiri seakan ada ciri-ciri rolling fold error.
Di bahagian syiling juga akan kesan berlubang pada bangunan parlimen dan bintang. Die seakan
terhalang oleh sesuatu. Mungkin juga terdapat tompokan minyak yang tebal dan tinggi disitu...sebab
kalau sedikit mungkin kesan lekuknya akan melebar dan tidak membulat. Sekadar pandangan
Nsdk sahaja...
Salam NDSK,
ReplyDeleteNampaknya syiling ini dalam keadaan Post Mint Damage(PMD)..iaitu kerosakan di luar kilang..
Salam kembali saudara Afiq,
ReplyDeletePada mulanya Nsdk pun fikirkan begitu, tetapi bila jumpa banyak pada syiling parlimen, syiling bunga raya dan syiling baru pun ada... tu yang musykil. cuma pada syiling parlimen lekuknya lebih banyak. Syilling bunga raya 50sen pun ada. Kalau ada masa.. nanti Nsdk siarkan untuk sama-sama kita buat kajian.
Terima kasih banyak atas kunjungan dan komen yang diberikan.