Syiling 10 sen 2011
Syiling 10 sen 2008 (lebih ketara kesan DDnya)
Salam kepada pengunjung. Doubled Die Error adalah antara error yang popular bagi peminat syiling error. Bagi Nsdk yang baru berjinak-jinak denga hobi ini sering terkeliru antara MDD dan DD. Setelah puas menelliti syiling di atas Nsdk yakin ianya adalah MDD kerana walaupun errornya lebih kurang seperti syiling Double Die 10 sen 2008 namun kesan yang terhasil tidak timbul dan membulat. Ini hanya pandangan Nsdk sahaja ya. Harap dapat pengesahan dari yang lebih arif.
Salam nsdk,
ReplyDeletePernah seorang pengunjung blog depankanta hantar emel foto syiling 10 sen 2011 spt yang dipamirkan ini..Pada pendapat depankanta,terdapat ciri-ciri membulat(rounded)pada imej kedua dimana ianya tidak leper dan rata. Untuk kepastian sebenar kena rujuk pakar Doubled die..Terima kasih
Salam kembali Tuan Depankanta,
ReplyDeleteSenang hati Nsdk mendapat ulasan dari tuan. Sebenarnya Nsdk pun tidak sedap hati selepas siarkan syiling ini. Semalam Nsdk belek semula syiling tersebut sebab ikutkan mata kasar ketiga-tiga keping syiling yang Nsdk ada, nampak imej kedua timbul, tetapi bila dilihat pada gambar yang mana syiling tersebut diterbalikkan nampak seperti rata pula. Syiling yang pada mulanya Nsdk tanda sebagai DD ditukar kepada MDD bila melihat kepada gambar kedua setelah syiling itu diterbalikkan. Tertipu dengan gambar yang diambil sendiri.
Nsdk ambil semula gambar syiling-syiling tersebut semalam, tetapi tidak sempat hendak siarkan disini.
Nsdk minta maaf pada pembaca diatas kekeliruan yang timbul.
Terima kasih banyak Tuan Depankanta. Nsdk akan siarkan semula ketiga-tiga syiling Double Die 10sen 2011 yang ditemui.
Terasa untungnya berkongsi disini.
Terima kasih sekali lagi.