Bahagian hadapan syiling. Kelihatan kesan die clash error.
Kedua - dua muka syiling di bahagian hadapan dan belakang berwarna agak kekuningan, tetapi ini adalah warna asal syiling tersebut. Mungkin berlaku sedikit ketidaksempurnaan semasa proses adunan logam dan semasa proses pemanasan, logam tersebut bertukar warna sedikit kekuningan.
Bahagian belakang syiling.
Syiling 10 sen 1982 ini, Nsdk perolehi melalui tukaran di bank. Hairan juga, setelah berada sekian lama di edaran, syiling ini bagaikan tidak terjejas dengan persekitaran. Apakah ia tidak pernah digunakan atau setiap tangan yang memilikinya menyentuh dengan begitu berhati-hati.
Syiling - syiling siri parlimen yang bergred UNC memang mempunyai premium yang agak tinggi dari penggemar syiling lama. Syiling - syiling ini akan lebih bernilai jika terdapat ralat atau error pada syiling tersebut dan lebih-lebih lagi jika ia adalah syiling buruan seperti syiling keydates.
No comments:
Post a Comment