Syiling Palsu 50 sen 1999 yang mempunyai kesan karat.
.
Syiling Palsu 50 sen 2002 dengan
die filled error.
Syiling Palsu 50 sen 2005. Syiling ini walaupun tidak kelihatan seperti Besi, tetapi ia lekat pada Magnet. Mungkin logam asasnya besi dan disalut logam lain.
Kelihatan kesan die clash error nombor lima dan kosong .
Tentu ramai pengumpul syiling Malaysia yang sedar akan kehadiran syiling palsu 50sen di edaran. Paling istimewa jika terjumpa syiling palsu 50sen yang lekat pada magnet.
Setelah disemak, nampaknya Nsdk tidak memiliki syiling palsu 50 sen 1993 yang lekat pada magnet seperti yang disiarkan oleh Tn. Depan Kanta. Rupa -rupanya syiling yang dijangka tahun 1993 adalah tahun 1999.
Sebenarnya telah lama Nsdk simpan syiling 50 sen 1999 dan 50 sen 2005 yang lekat pada magnet, sebelum ada blog lagi, sehinggakan Nsdk rasa tidak akan dapat lagi syiling begini.
Tidak disangka-sangka dua hari lepas terjumpa pula syiling palsu 50sen 2000 semasa aktiviti membelek syiling. Jadi bertambahlah koleksi syiling magnet yang sedia ada.
Buat pengetahuan semua setelah diuji dengan magnet yang kecil ,tarikan ketiga - tiga syiling ini pada magnet begitu kuat sekali.
Nampaknya syiling palsu pun ada beberapa veraiti.
nice collection...AHK pun belum ada lgi syiling 5o sen palsu yg lekat magnet.. Syiling palsu 50 sen yg AHK ada hanyalah yang ada kesan serpihan di sisi seperti yang terdapat dalam blog depankata..huhuhu
ReplyDeleteUntuk mendapatkan syiling palsu yang lekat pada magnet , memang agak mencabar. Kadang-kadang bukan semua Syiling 50 sen yang sempat diuji dengan magnet. Seperti syiling 50sen palsu tahun 2005 di atas, kalau diikutkan memang banyak syiling palsu seperti ini di edaran dan reka bentuknya sama sahaja, tetapi bukan semua lekat pada magnet. Itulah cabarannya......
DeleteNampaknya AHK juga memiliki syiling 50 sen dengan Rim Burr error. Tahniah. Bukan senang nak jumpa syiling begini. Kongsikanlah di blog.
Terima kasih kerana berkunjung.
terima kasih Nsdk, Rim Burr error..itu ke namanya...In shaa Allah akan dikongsikan kemudian dalam blog AHK. pemburuan mencari syiling 50 sen palsu lekat magnet masih giat dijalankan, hehehe, jika ada rezeki AHK akan kongsikan di blog.
ReplyDeleteMaaf AHK, Mungkin Nsdk salah faham dengan apa yang dimaksudkan oleh AHK dengan serpihan pada sisi syiling 50 sen yang dimiliki sebab tak lihat gambarnya dan Nsdk mungkin tersilap syililing .
DeleteApa-apa pun kena tengok gambar dulu. Maaf ya. ....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya mempunyai 3 pcs syiling 50sen bunga raya yang lekat magnet
ReplyDeleteSaya baru dpt tahun 2005
ReplyDelete