Jika dilihat pada wajahnya pun ramai yang tahu ia adalah syiling palsu. Penuh dengan bintik-bintik halus yang menunjukkan ia diperbuat dari logam yang tidak bekualiti dan bukannya Worn die. Tetapi syiling ini mempunyai error yang jarang ditemui.
Sila lihat pada tulisannya...hanya separuh sahaja huruf yang kelihatan. Tetapi itu belum cukup istimewa lagi. Mari lihat keratan dibawah pula.
Pada mulanya Nsdk jangkakan bahagian atas syiling yang pecah-pecah adalah biasa..tetapi bila diteliti betul-betul terutama pada huruf S’, sebenarnya kesan lekuk-lekuk di atas syiling adalah sebahagian dari perkataan MALAYSIA yang di bawah. Sekerat di bawah dan sekerat di atas.
Pelikkan. Ada tak sesiapa yang tahu jawapannya?.
Memang pelik,oleh kerana ia adalah duit palsu, saya tidak tahu cara mereka tempa lettered edge mereka.Boleh jadi mereka pakai cara tempa serentak dan posisi coin ini sudah lari.(out of alignment)
ReplyDeleteMaknanya syiling disusun bertingkat dan ditempa serentak. Terima kasih banyak Sifu, diatas komen yang dibersikan.
ReplyDelete