Monday, 20 January 2014

Wang Kertas Malaysia RM1 (Error atau palsu? )


Nampaknya tahun ini tidak ada pengeluaran Wang kertas baru sempena  Tahun Baru Cina  kerana  Bank  Negara Malaysia akan mengitar semula wang kertas RM 1 dan RM5 sebab stok lama masih ada lagi. 

Bagus juga tu, satu inisiatif Bank Negara Malaysia sebagai menyokong kempen   " Hijaukan Alam Sekitar Anda ".  Penjimatan dakwat,  eletrik dan banyak lagi. 

Baiklah, jom lihat RM1 di bawah,


 

Nampak tak bayang bulatan dan petak memanjang berwarna kuning ?. Bila disentuh pada bahagian yang  berwarna  kuning dan biru,  tidak ada tebing.  Tidak ada tanda - tanda bayangan  warna kuning itu  dicetak kemudian.  Jika dilihat pada cahaya lampu, kilat pada permukaan adalah sama. Tetapi kalau   di lihat tanpa bantuan cahaya  pun jelas kelihatan.  Adakah ini wang kertas error atau palsu?. 





13 comments:

  1. rasanya ni bukan error atau palsu sebab banyak jugak ditemui pada nota rm1 polimer. jika dilihat guna cahaya uv pada note rm 1 polimer yng lain juga akan turut kelihatan bayang kuning tersebut. dalam bulatan gambar kijang dan dalam petak tersebut ada tulisan BNM. betulkan sy jika sy salah

    ReplyDelete
  2. Ya ke?. Nsdk memang tak tahu sangat tentang wang kertas ni. AHK tahu tak mengapa bayangan yang sepatutnya kelihatan pada wang kertas dengan pancaran cahaya UV, boleh timbul begitu sahaja, tanpa pancaran apa-apa cahaya. Atau pun ini adalah perkara biasa.

    Terima kasih AHK, sudi beri komen.

    ReplyDelete
  3. rasanya ye la,, dan AHK pun tak tahu kenapa byangan tersebut boleh timbul tetapi rasanya perkara biasa.pernah ada orang yang bertanya tentang hal ini di group numis tapi AHK tak ambik kisah waktu tu..

    ReplyDelete
  4. Waktu bila ya.. .Nsdk baru terbaca dlm sinarharian 14 Disember 2012 tajuk Enggan jual wang kertas RM1 unik walau ditawar RM600. AHK maksudkan Wang kertas yang tu ke?

    ReplyDelete
  5. AHK tak ingat bila tapi pernah ada ahli numis yang bertanya tentang tu,, merujuk kepada artikel dalam sinarharian yang Nsdk baca tuh, kalau tak silap AHK yang tu kelihatan tulisan BNM yang timbul dan kelihatan jelas dan pada note rm1 kertas, bukannya polimer.

    ReplyDelete
  6. Saya ada Rm1 siri 12 polimer black i error.....dan pelbagai siri yang lain

    ReplyDelete
  7. sye ade rm 1 polymer agong warna kehijauan.
    adakah ianya error???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna kehijauan. Hmm. ..Adakah warna hijau itu dtg dari lebihan dakwat rm 5 polymer ?

      Delete
    2. tak tahulah
      mungkin
      tpi ia hijau samar samar

      Delete
  8. Assalamu'alaikum...
    Kita baru dlm dunia numis...
    Mula2 scan coin... tp bila dpt baki hasil jual beli barang automatik tgk duit ringgit sekali...dptla RM1 wau yg spttnya nmpk pd cahaya uv tapi blh nmpk dgn mata kasar... bewarna hitam... pada pandangan tuan ianya error atau biasa2 sajaa...
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  9. Saya ada 2 keping macam dalam gambar tu. Ada nilai atau biase2 je .maaf ye saya org baru nak belajar☺️

    ReplyDelete
  10. Salam semua nak tanya berapa harga wang kertas rm1 black i

    ReplyDelete