Tuesday, 22 September 2015

HAIWAN YANG MENAKJUBKAN PADA SYILING AUSTRALIA


Walaupun pun jika ingin dibeli, tidak semahal mana, tetapi adalah sesuatu yag menyeronokkan memperolehi syiling luar negara secara tidak sengaja semasa jual beli harian. Syiling yang dimaksudkan adalah syiling Australia bernilai 0.10AUD tahun 2008. Syiling 10 sen ini diperbuat dari cooper nickel, Pada muka belakang tertera gambar Queen Elizabeth II. Tempaan yang paling sedikit pada tahun 2011 iaitu sebanyak 1.7 juta keping sahaja.  


Kali pertama melihat syiling ini Nsdk sangkakan gambar pada bahagian hadapan syiling ini adalah sejenis haiwan laut. Rupa-rupanya ia adalah lakaran sejenis burung yang terdapat di tenggara Australia. Burung Lyre adalah haiwan purba Australia dimana fosilnya telah ditemui sejak jutaan tahun dahulu dan tersimpan di Muzium negara tersebut.

Sumber gambar dari Google
Menarik sungguh apabila ekor burung tersebut dikembangkan dan kelihatan seolah-olah sebuah kecapi. Mungkin dari situ ia mendapat namanya Lyre.  Ekornya mempunyai enam belas helai bulu pelepah dan mengambil masa 7 tahun untuk terbentuk dengan sempurna.


Sumber gambar dari Google

Lyrebird mempunyai kebolehan yang amat luarbiasa. Ia boleh meniru dengan tepat pelbagai jenis bunyi seperti percakapan, bunyi gergaji, kamera termasuk alatan permainan kanak-kanak seperti mechine gun. Paling menarik pernah dirakamkan burung ini meniru setiap bunyi yang didengarnya di kawasan pembalakkan termasuk bunyi kenderaan, orang menggergaji pokok, perbualan dan sebagainya. Tetapi kasihan, bunyi yang dihasilkan oleh burung ini menunjukkkan kehidupannya semakin terancam.

Di bawah ini Nsdk kongsikan salah satu rakaman burung ini yang terdapat di www.youtube.com dengan tajuk, " This bird can talk in 20 different voices ".

Demikianlah serba-sedikit maklumat yang Nsdk kongsikan melalui pembacaan di Wikipedia.org.

4 comments:

  1. Assalammualikum...sahabat sy hafiz dari kuala selangor ..saya ade duit lama lambang pokok kurma dan pedang sy ada 2 keping yg bertulis 100 sy ingin untuk menjual nye atas sebab2 tertentu ini no fone sy 01123325057

    ReplyDelete
  2. Assalammualikum...sahabat sy hafiz dari kuala selangor ..saya ade duit lama lambang pokok kurma dan pedang sy ada 2 keping yg bertulis 100 sy ingin untuk menjual nye atas sebab2 tertentu ini no fone sy 01123325057

    ReplyDelete
  3. Salam... Saya ada syiling yg mungkin di guna zaman firaun. Mempunyai gambar kaabah lama dan tulisan arab serta nombor yg mungkin tahunnya iaitu 166. Maklumat lanjut hubungi saya 0122630616.

    ReplyDelete
  4. Hellow..saya ada duit 0.10 aud ni. 2008.. saya dpt time saya kerja di australia lagi. Kalau ada coletor yg berminat boleh contact saya 0173899371

    ReplyDelete