Salam semua. Disebabkan hari ini cuti dan mengambil kira komen kawan-kawan Nsdk cuba ambil kembali gambar syiling 10 sen 1999 yang dijangkakan Double Die. Gambar ini diambil pada sudut dan tempat yang berlainan.
Di atas Nsdk cuba dapatkan gambaran terbaik bagi syiling yang diperkatakan. Ini sajelah yang mampu dipersembahkan untuk tatapan semua. Macam mana nampak tak ciri-ciri Double Die?
Dibawah ini pula post yang terdahulu.
Mengikut pada semakan awal bagi syiling Doubled Dies 10sen, belum tersenarai lagi syiling 10 sen 1999 di atas. Mungkin masih di peringkat semakan. Nsdk ada juga cuba cari di google.... mana tahu terjumpa adik beradiknya. Setakat ini belum bertemu lagi.
Mari sama-sama kita teliti. Fokuskan pada bahagian tebing tikar. Terdapat dua garisan terpisah dan garisan tersebut membulat dan tidak leper...seperti ciri-ciri double die.
Jika dari pemerhatian awal rasanya seperti double die. Walau bagaimana pun kita tunggu pandangan pakar. Atau pun pengunjung ada jawapannya. Jika saya tersilap tolong betulkan ya.
3 comments:
Salam nsdk,
lebih mudah untuk ditelitikan jika dipamirkan close-up beberapa imej berganda yang disyaki ciri-ciri doubled die..Perkongsian yg menarik,Terima kasih...
Salam kembali Tn. Depan Kanta,
Dah cuba untuk close-up, tetapi gambar kurang memuaskan. Nanti saya cuba lagi. Terima kasih atas komen yang diberikan.
Salam kembali,
Jadi walaupun wujud gandaan yang jelas,belum tentu double die.
Seperti syiling 20 sen 1988 yang wujud gandaan pada nombor kosong.
Harap-harap ada penemuan lain yg dpt mengesahkan jenis error yang sesuai untuk syiling ini.
Terima kasih Tuan Depan Kanta.
Post a Comment