Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 16 February 2013

Worn Die 50sen 2005



Berbagai corak akan terhasil di atas planchet akibat dari worn die kerana penggunaan die yang lasak yang sepatutnya diganti.  Kerosakan syiling di atas salah satu hasil dari Worn Die. Biasanya syiling worn die tiada nilai numismatik. Tetapi bagi Nsdk syiling 50sen 2005 di atas, begitu  istimewa untuk dijadikan koleksi kerana corak worn die seperti ini agak sukar ditemui. Syiling worn die paling banyak ditemui pada tahun 2011 terutama pada syiling 10 sen. 

Die Gouge 10 sen 1996






Jika dilihat pada syiling di atas kalau hendak dikatakan Die Gouge error...besar betul kesan gougenya. Jika hendak dikatakan Die Chip error tak mungkin...kerana extra metalnya terletak betul-betul di atas kelopak bunga raya. Jika diberi pilihan antara kedua-dua error ini, Nsdk pilih Die Gouge Error. Agaknya semasa syiling ini dibersihkan pekerja tersebut sedang marah kot! sehingga meninggalkan kesan yang begitu besar di atas die. Ada pendapat yang lain?








Thursday 14 February 2013

Rim Burr 20sen 1981







Pada pemerhatian Nsdk ianya seakan rolling folds error.  Nsdk cuba bandingkan
dengan syiling Mr. Dickson mengenai rolling folds error siri parlimen.  Seperti ada
persamaan.  Bezanya satu di bahagian  hadapan dan satu di bahagian  belakang.
  Anda boleh lihat syiling tersebut di link berikut.                                                   
 rolling folds.  Macam mana......ada persamaan atau tidak?.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews