Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 18 January 2014

Die Cracked V Blob, 20 sen 2013

 
Die  chip kelihatan di kelopak  bunga dan nombor  2.

 
Syiling (1)



Syiling  (2)  

 
Garisan retak tidak begitu kelihatan

 
Garisan retak semakin membesar

Blob telah terjadi pada kedua - dua syiling ini  akibat dari die yang retak.  Kesan retak adalah sama iaitu pada hujung kedua-dua kelopak bunga dan dan blob di bahagian tengah.

Jika error ini terjadi pada die yang sama perbezaan antara kedua syiling di atas adalah gambaran die progresif. Jika die  dibiarkan terus menempa berkemungkinan terjadinya die cud error.


Nilai Gred Syiling Anda.

Syiling yang telah digred mempunyai harga jauh lebih tinggi dari syiling tanpa gred. Seperti syiling 50 sen 1969 yang telah di gred mencecah harga melebihi RM 10,000.00 ringgit berbanding RM 2,800.00 tanpa gred. Ini hanya contoh perbezaan harga disamping faktor -faktor lain. 

Kita biasa lihat pada  kapsul syiling yang telah di gred tertera MS64, MS62/65. Tertanya -tanyalah  juga.... sistem apa yang digunakan. Sampai nombor berapa ya? 

Rupa-rupanya Sistem asalnya diperkenalkan oleh Dr. William H. Sheldon dan telah mula digunakan untuk    mengred syiling awal tahun 1970an. Sheldon Scale ’ yang masih digunakan sehingga kini di bahagikan kepada  pelbagai  gred,  dari  1-70.   

Jika tertulis MS63/65, itu bermaksud Split Grade ’ dimana gred di bahagian hadapan dan belakang syiling adalah berbeza.

Secara ringkas Syiling digred seperti berikut. MS 70 adalah terbaik : -

P - Poor (1)
F - Fair (2)
AG - Almost Good (3)
G - Good (4-6)
VG - Very Good (8-10)
F - Fine  (12-15)
VF - Very  Fine (20-35)
EF - Extremly Fine (40-45)
AU - Almost Uncirculated (50-58)
MS (Unc)- Mint State (60 - 70)

Pengunjung boleh lihat  senarai lengkap jadual tersebut dan kategori syiling yang diterima untuk pengredan disini,

http://www.pcgs.com/grade

Kalau nak lihat contoh syiling yang telah digred untuk dibandingkan dengan syiling kita boleh klik di sini :
http://www.pcgs.com/photograde/

Terdapat tiga syarikat yang terkenal dalam pengredan syiling dan harga serta syarat yang ditawarkan adalah berbeza. Syarikat tersebut adalah NGC (Numismatic Guaranty Corporation, PCGS (Professional Coin Grading Service) dan ANACS (America’s Oldest Grading Service).  Tetapi tentulah yang ada cawangan terdekat yang menjadi pilihan. 

Rasanya tentu ramai kolektor dah tahu, PCGS telah pun membuka cawangannya di  Singapura.

Walau apapun pilihlah syiling yang berbaloi untuk digredkan. 




Monday 13 January 2014

Syiling palsu 50 sen 2000 dengan error pelik.

 

Jika dilihat  pada wajahnya pun ramai yang tahu ia adalah syiling palsu.  Penuh dengan bintik-bintik halus yang menunjukkan ia  diperbuat dari  logam yang tidak bekualiti dan bukannya Worn die. Tetapi syiling ini mempunyai error yang  jarang ditemui. 

 
Sila lihat pada tulisannya...hanya separuh sahaja huruf  yang kelihatan. Tetapi itu belum cukup istimewa lagi. Mari lihat keratan dibawah pula. 

Pada mulanya Nsdk jangkakan bahagian atas syiling yang pecah-pecah adalah biasa..tetapi  bila diteliti betul-betul terutama pada huruf  S’, sebenarnya kesan lekuk-lekuk  di atas syiling adalah sebahagian dari perkataan MALAYSIA yang di bawah.  Sekerat di bawah dan sekerat di atas. 

Pelikkan.  Ada tak sesiapa yang tahu jawapannya?.



Sunday 12 January 2014

Variety Syiling 50 sen 2002


Sekitar  Disember  2012, pertama  kali Nsdk mengenali syiling "Fat 0" 2002 yang  disiarkan oleh  saudara Afiqnizam pada 30.11.2012 di  blog beliau.  Mengikut catatan saudara  Afiqnizam syiling 50 sen 2002 " Fat 0" agak  istimewa, mempunyai premium yang tinggi dan tidak direkodkan di dalam katalog  rujukan.

Sejak itu Nsdk tercari-cari syiling tersebut di edaran. Akhirnya setelah hampir lebih dari setahun,  alhamdulillah dapat juga saya memilikinya. 

Mari kita teliti syiling ini satu persatu.


Syiling (1) Rim bulat, stigma tebal.

 

Syiling (2) Rim leper, stigma biasa.

 

Syiling (3) Syiling Fat 0’

JOM KITA LIHAT PERBEZAAN STIGMA 
DENGAN LEBIH DEKAT

 
Syiling (1) 
Stigma  tebal dan panjangnya tidak sekata

 
Syiling (2) 
Stigma nipis dan panjang yang tidak sekata

 
Syiling (3) Big 0’
Stigma yang tersusun

ADAKAH WUJUD 3 VARIETY BAGI SYILING 50 SEN 2002 ?.



  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews