Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Tuesday, 15 October 2013

Syiling bergred UNC 10sen parlimen, Die clash error.

 

Bahagian hadapan syiling. Kelihatan kesan die  clash  error.  


Kedua - dua  muka  syiling  di bahagian  hadapan  dan belakang   berwarna agak  kekuningan,  tetapi  ini adalah warna  asal syiling  tersebut.  Mungkin berlaku sedikit  ketidaksempurnaan semasa  proses  adunan logam  dan  semasa proses  pemanasan,  logam tersebut  bertukar  warna sedikit  kekuningan. 



 

Bahagian  belakang syiling.


Syiling  10 sen 1982 ini, Nsdk perolehi  melalui  tukaran  di bank. Hairan  juga, setelah berada sekian  lama di  edaran, syiling ini  bagaikan  tidak terjejas dengan persekitaran. Apakah ia  tidak pernah digunakan  atau setiap  tangan yang  memilikinya menyentuh  dengan begitu  berhati-hati.

Syiling - syiling  siri parlimen yang bergred UNC  memang mempunyai premium yang agak tinggi dari penggemar  syiling  lama.  Syiling - syiling ini  akan  lebih  bernilai  jika  terdapat  ralat atau error  pada syiling tersebut  dan lebih-lebih  lagi  jika  ia  adalah  syiling  buruan seperti syiling  keydates.  

Sunday, 13 October 2013

Doubled Die 10 sen 1990


  


Nsdk ingin kongsikan sekeping lagi syiling 10sen dengan ciri-ciri double die.  Walaupun syiling 10 sen 1990 ini ditemui dalam keadaan yang agak lusuh, tetapi masih kelihatan kesan berganda pada tikar yang bertanda dengan anak panah kuning.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews