Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 4 May 2013

Die Chip Error v Die Gouge Error 10sen 1990 ?





Jika dilihat pada keadaan syiling tidaklah secantik Bu atau Unc.  Tetapi keistimewaannya jarang-jarang ditemui syiling bunga raya bertindik seperti ini.  Die Chip Error terbentuk hasil dari serpihan kecil die yang jatuh ke atas planchet semasa penempaan manakala die gouge  error terjadi jika die tertusuk alatan pembersihan.
Dot yang terhasil nampak sama tetapi errornya mungkin tidak serupa kerana kedudukannya.

Dot yang lebih besar berada sebahagian sahaja dikelopak bunga raya lebih kepada die chip error dimana die terserpih  di bahagian tepi atau pun asalnya die gouge tetapi telah membesar jadi die chip. Manakala dot yang lebih kecil walaupun berada ditepi kelopak bunga raya  tetapi ia masih berada di kawasan dalam corak bunga dan daun. Kelopak bunga raya juga kelihatan sempurna.   Macam mana ya...boleh ke dikategori sebagai die gouge error ?.  Pening kepala juga fikir ni.

Sunday 28 April 2013

Die clash 50sen 2010


Perhatikan sebahagian dari nombor 5 di bahagian tengah wau. 



Bahagian muka syiling kedua juga terdapat kesan clash nombor 5. 


Syiling (1) Die Clash Error


Kesan clash wau dibahagian belakang syiling. Perhatikan bentuk anak panah 
bayangan dari bahagian tengah wau.


Syiling (2) Double Die Clash Error

Syiling 50sen 2010 memang popular dengan die clashnya.  
Die clash error terjadi....semasa pertembungan diantara anvil die dan hammer 
die tanpa kehadiran planchet ditengahnya. Tekanan yang berlaku akan menghasilkan 
bayang corak die atas atau die bawah apabila planchet seterusnya ditempa.  Antara 
syiling (1) dan syiling (2) terdapat perbezaan corak pada bentuk bersegi.. dimana 
syiling (2) adalah double die clash error kerana semasa pertembungan antara die...
die telah berganjak dua kali.  Hanya pendapat Nsdk...kalau salah tolong betulkan ya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews