Ada gambar pokok kurma, pedang dan ada tulisan bahasa Arab..... Hmmm..rasanya ni tentu syiling dari negara Arab Saudi. Pada bahagian atas tertera nama Raja Arab Saudi, Faisal bin Abdul Aziz
Al-Saud.
Nsdk tercari-cari jugalah beberapa maklumat di google. Mengikut tulisan yang tertera, syiling ini ditempa pada tahun 1392 Hijrah/1972 Masihi. Lama jugakan. Nsdk perolehi di edaran semasa membuat tukaran syiling-syiling lain. Syiling ini ada 5, 10, 25, 50 dan 100 halala. Nilai syiling di atas adalah 5 halala. (Bahasa Arab 5 Halalah).