Syiling Palsu 50 sen 1999 yang mempunyai kesan karat.
.
Syiling Palsu 50 sen 2002 dengan
die filled error.
Syiling Palsu 50 sen 2005. Syiling ini walaupun tidak kelihatan seperti Besi, tetapi ia lekat pada Magnet. Mungkin logam asasnya besi dan disalut logam lain.
Kelihatan kesan die clash error nombor lima dan kosong .
Tentu ramai pengumpul syiling Malaysia yang sedar akan kehadiran syiling palsu 50sen di edaran. Paling istimewa jika terjumpa syiling palsu 50sen yang lekat pada magnet.
Setelah disemak, nampaknya Nsdk tidak memiliki syiling palsu 50 sen 1993 yang lekat pada magnet seperti yang disiarkan oleh Tn. Depan Kanta. Rupa -rupanya syiling yang dijangka tahun 1993 adalah tahun 1999.
Sebenarnya telah lama Nsdk simpan syiling 50 sen 1999 dan 50 sen 2005 yang lekat pada magnet, sebelum ada blog lagi, sehinggakan Nsdk rasa tidak akan dapat lagi syiling begini.
Tidak disangka-sangka dua hari lepas terjumpa pula syiling palsu 50sen 2000 semasa aktiviti membelek syiling. Jadi bertambahlah koleksi syiling magnet yang sedia ada.
Buat pengetahuan semua setelah diuji dengan magnet yang kecil ,tarikan ketiga - tiga syiling ini pada magnet begitu kuat sekali.
Nampaknya syiling palsu pun ada beberapa veraiti.