Syiling 20sen 1998 ini kelihatan penempaan yang tidak sempurna pada keseluruhan bahagian daun sireh hingga ke penghujung rim di bahagian atas sebelah kiri. Keadaan ini biasanya terjadi apabila die di bahagian berkenaan tersumbat. Mungkin minyak greese atau seumpamanya yang menutup bahagian berkenaan. Error begini dikenali sebagai Filled Die Error.