Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday 14 March 2014

Senarai Die Clash Syiling 20sen Bunga Raya

Antara Syiling error yang menarik untuk dijadikan koleksi , adalah Syiling Die Clash Error.  Walaupun Syiling ini tidak menjanjikan premium ratusan atau ribuan ringgit namun tidak dinafikan satu hari nanti syiling ini akan dicari oleh pengumpul syiling error. Sekarang pun sudah ada doktor syiling yang cuba untuk memalsukan Syiling error, menunjukkan Syiling begini ada permintaan,  tetapi error palsu dan tulen ada perbezaannya.  Die Clash Error adalah bukti wujudnya kesilapan peralatan mesin membuat syiling dimana planchet tidak berada ditempat yang sepatutnya semasa proses penempaan.  Jadi die atas berlaga dengan die bawah tanpa kehadiran planchet ditengahnya. 

Imej yang terbentuk pada die akan menghasilkan Die Clash Error pada planchet yang ditempa seterusnya.

Berikut adalah beberapa contoh syiling error 20 sen die clash yang sempat Nsdk kumpulkan. 


 
1993


 
2001


2002 (1)

2002(2)


2005


2010(1)

2010(2)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews