Doubled Die adalah antara kategori error popular di kalangan pengumpul syiling error. Syiling 10 sen 2007 paling banyak vareiti di temui. Syiling doubled die error biasanya mengalami kesilapan di peringkat awal semasa pemindaan imej ke working die. Syiling Malaysia, siri ke tiga...10 sen 2013 jelas kelihatan nombor dua yang berganda. Adakah ini juga doubled die error?. Sama-sama kita tunggu rumusan pakar numis. Apa-apa pun bak kata blogger DuaCongkak simpan dulu...
Syiling terbaru dalam blog
Wednesday, 4 December 2013
Tuesday, 3 December 2013
Die Gouge Error 50 sen 1973 ? dan 10 sen 2010
Adakah ini die gouge error, lamination atau PMJ?. Jika ia PMJ , tentu ada kesan berparit di tebing lekuk di sebelah lebihan logam. Jika ia die gouge error mungkin bahagian yang lekuk itu tidak dibersihkan sepenuhnya.
Die Gouge tidak semestinya berbentuk bulat.
Lebihan logam pada syiling di atas hadir sendirian, tiada butir-butir pasir halus pada syiling yang biasa terjadi pada Syiling worn die. Mungkinkah ini juga die gouge error ?
Ini hanya pandangan Nsdk sahaja. Mungkin ada pandangan lain?
Subscribe to:
Posts (Atom)