Wang kertas dalam edaran lama-kelamaan akan rosak dan susah untuk diperiksa
untuk dipastikan ketulenannya. Bagi menjaga kualiti mata wang Malaysia, Bank Negara Malaysia akan menggantikan wang kertas yang tidak sesuai dengan yang baru yang dipanggil Wang Gantian (Replacement Note ). Siri Wang Gantian ini dimulai dengan Z/1 pada tahun 1967. Wang Gantian juga menjadi buruan peminat Numismatik.