Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Wednesday, 8 January 2014

Improper Annealing Error ’ syiling bunga raya



 




 

Nsdk memang tak sabar-sabar hendak kongsikan syiling error yang istimewa ini .  Nsdk dapat syiling ini di edaran. Syiling 20sen 2006 di atas adalah yang paling Nsdk suka. Mcm kena solekkan. Merah,  biru. ..macam-macam warna ada. 

Nak tahu kisahnya? 

Macam ni ...

Berdekad lamanya syiling error seperti ini dikenali sebagai "coppper wash" dan "sintered plating" errors.  Sehinggalah pada tahun 2010 error ini dikenal pasti sebagai Improper Annealing.   

Annealing adalah satu proses dimana logam ( blank planchet) dipanaskan kepada suhu tertentu dan kemudian dibiarkan sejuk secara perlahan-lahan.  Ini melembutkan logam yang mana ia mudah dibentuk apabila tekanan dilakukan. Error ini  berlaku di peringkat blank planchet lagi ...sebelum proses penempaan. 

Warna merah, coklat, hitam dan sebagainya adalah warna biasa ditemui dalam error begini. Blank planchet boleh bertukar warna jika suhu telalu panas atau blank berada didalam oven pemanas agak lama. Atom-atom logam boleh mengasing dan naik ke permukaan lalu mengubah warna syiling.  






Sunday, 5 January 2014

Syiling 50 sen 2011, Struck Through atau PMJ ?




 
Nampak seperti die cracked berhampiran kawasan bertanda biru. 


Jika syiling 50 sen 1979 dan 1988 popular dengan extra dotnya, syiling 50 sen 2011 ini mempunyai beratus extra dot besar dan kecil sehingga tidak terbilang.  Nsdk menemui syiling ini di edaran.  Apakah yang menyebabkan timbulnya extra dot yang begitu banyak.  mungkinkah die di bahagian atas (hammer die) telah rosak teruk sehingga berlubang-lubang?. Rasanya takkanlah teruk sangat kualitinya sedangkan die di bahagian bawah (anvil die) masih kelihatan elok berdasarkan gambaran pada bahagian belakang syiling.

Nsdk cuba padankan dengan beberapa syiling extra dot palsu yang disiarkan oleh sifu Numismatik Mr. Dickson Niew.  Beliau ada mempamirkan beberapa keping syiling extra dot palsu di blog. Melihat pada syiling 5 sen 1982 yang telah direka dot pada bintang, jika diterbalikkan akan kelihatan kesan lekuk di bahagian belakang syiling.

Bagaimana pula dengan syiling ini? Terlalu banyak dotnya dan bahagian belakang syiling langsung tidak terjejas. Bolehkah syiling ini di kategorikan sebagai Struck Through Error, Worn Die, PMJ atau sebagainya?. Buat pemerhatian awal Nsdk menganggap ia sebagai Struck Through Error  dimana ada benda asing telah terperangkap di antara die dan planchet semasa proses penempaan. Ini hanya pandangan Nsdk sahaja.

Harap ada pengunjung yang lebih arif sudi memberikan ulasan. 

Bila melihat syiling di atas yang penuh dengan dot teringat pula syiling di bawah    yang penuh dengan garisan tetapi syiling ini  bergaris di kedua - dua belah  muka yang Nsdk kategorikan sebagai cracked planchet.  

 

 

Bila Mr. Dickson kata kemungkinan glue,  Nsdk cuba koyak lapisan glue yang terlekat pada syiling untuk melihat bentuknya Inilah hasilnya. Haha...rupanya  syiling ni pakai masker.  Tetapi syiling 10 sen di atas tetap begitu. 











Tepak Sireh Berdaun Getah?. Dua Variety Syiling 20sen 1989 dan Syiling 20 sen 1990


Nsdk pernah disiarkan dahulu,  syiling di bawah dengan tajuk Dua  variety Syiling 20 sen 1989? .  Nsdk edit semula post tersebut dengan penemuan  bentuk daun yang sama pada syiling 20sen 1990.


Filled Die Error 20 sen  1989 pada perkataan NEGARA. 






 

Lazimnya bentuk daun sireh tulang daunnya melengkung.  Bentuk daun  sireh  di atas boleh ditemui pada kebanyakkan syiling 20 sen  Siri bunga raya , termasuk tahun 1989 dan 1990.


Daun  sireh menyisik pada syiling 20 sen 1989. 

Bentuk daun sireh dengan tulang daunnya menyisik seperti sisik ikan. Nsdk  ada juga membuat carian di google bagi spesis daun sireh seperti ini. Setakat ini belum ada lagi ditemui spesis daun sireh yang menyisik. 

Bentuk tulang daun yang menyisik biasanya terdapat pada daun pokok  rambutan,  daun mangga, daun getah dan banyak lagi.  Mungkinkah bentuk daun sireh telah tersilap ukir  dan untuk mengelakkan pembaziran die yang telah sedia  ada bagi tahun 1989 dan 1990 terus  digunakan...atau pun sememangnya wujud daun sireh yang tulang  daunnya menyisik...Nsdk yang tak jumpa.


Daun sireh menyisik juga ditemui pada syiling  20 sen 1990

Diharap akan ada cerita sebenar tentang misteri daun sireh dari yang lebih arif.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews