Jika dilihat pada bentuk garisan yang terhasil, ia tidak bertebing untuk membuktikan ia tidak diguris dengan sesuatu. Nampak seperti Struck Through Error dimana ada serpihan besi telah terperangkap diantara die dan planchet semasa proses penempaan.
Untuk makluman syiling ini Nsdk perolehi dalam edaran. Harap ada yang sudi menjelaskan untuk pembelajaran kita semua.
9 comments:
ohh.. macam ni rupanya syiling error, jarang nampak syiling macam ni..
Syiling error ni, banyak kategorinya. Di luar negara hobi ini memang begitu popular dan boleh buat duit.
Salam nsdk,
Depankanta berpendapat syiling ini PMD/PMJ. pemerhatian secara menyeluruh pada kesemua garis akan menampakkan ciri-ciri tidak rata (walaupun tidak kelihatan bertebing)
ciri2 ini adalah akibat terkena sesuatu yang tajam dan kuat. nsdk boleh lakukan ujikaji untuk melihat hasilnya...
Terima kasih
W. Salam Tn. Depan Kanta,
Terima kasih banyak Tn., sudi memberi penjelasan. Semoga penjelasan yang diberikan menjadi garis panduan bagi kami dalam mengenali syiling error yang sebenar.
salam nsdk..
nampak mcm kesan paku..huhu..maklumlah, AHK bukanlah tahu sangat error2 nih......
Kalau betul paku, kita namakan dia Syiling Pontianak. Hehe.
W. Salam, AHK.
PMJ- Pontianak Mint job..hehehe
Memang kena dah tu!
PMJ - Pontianak Mint Job.
Post a Comment