Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Wednesday 5 February 2014

Syiling Bunga Raya 20 sen 2007 (Improper Annealing , Die Chip and Die Deterioration Doubling) Error

 
Perhatikan warna kebiru-biruan pada syiling. 

 
Warna biru terdapat dibahagian kiri syiling.

 

Juga kelihatan di bahagian bawah syiling sebelah kanan.


Kadang-kadang syiling yang lama disimpan akan berubah warna. Ini dikenali sebagai Toning Coin. Perubahan warna ini boleh berlaku kerana tindak balas persekitaran. atau cara penyimpanan, didalam sampul surat lama, album dan sebagainya. Di luar negara toning coin yang  terjadi secara semulajadi dan mempunyai warna yang cantik akan mendapat premium yang agak tinggi. Oleh sebab itu ramailah pereka-pereka syiling error palsu menggunakan pelbagai cara untuk mengubah warna syiling termasuklah meletaknya ke dalam kentang dan membakar syiling tersebut di dalam oven, memanaskan dengan sulfur dan sebagainya.  Tetapi pihak penggredan syiling ada cara tersendiri untuk menilai keasliannya. Syiling yang diperbuat daripada perak boleh berubah kepada warna pelangi,  Rainbow Toning.  

Jika dilihat pada syiling di atas, 20 sen 2007 ini, masih baru pengeluarannya, boleh ke terjadi perubahan warna ?.  Rasanya syiling ini berubah warna  kerana '  improperly annealed ' di mana blank planchet berada agak lama didalam oven pemanas. PCGS ada juga mengredkan beberapa syiling baru misalnya sekitar tahun 2009, 2011 sebagai Toning Coin. Adakah syiling ini juga berubah warna secara semulajadi atau pemanasan yang kurang sempurna ?. 


 

Syiling ini juga terdapat kesan Die Chip Error. Jika dilihat kepada bentuknya seperti Die Gouge pada permulaannya yang telah menjadi Die Chip.


 

Antara DD, MDD dan DDD rasanya Die Deterioration    Doubling adalah lebih sesuai untuk kesan yang terhasil pada huruf,  kerana imej yang terbentuk seperti bayang, kiri dan kanan. Ini adalah kerana bentuk huruf pada die telah rosak akibat penggunaan yang berterusan. Bentuk serupa juga boleh dilihat pada syiling 10sen 2007.










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews