Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada Mei 2000. Beliau sebenarnya telah berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak tahun 1985 dan kerjaya beliau meliputi beberapa jawatan kanan. Mari kita perhatikan tandatangan di bawah yang agak berlainan dari yang kita biasa lihat.
Tandatangan Zeti Azizi
(Lebihan Dakwat)
Zeti Azizi Extra Dot di hadapan huruf Z
(Kekurangan dakwat)
Melihat kepada tandatangan pada wang kertas diatas, dibaca sebagai Zeti Azizi dan Dot Zeti Aziz. Apakah ini wang kertas palsu?. Ada juga terdengar cerita tentang wang kertas RM10 palsu dimana warna dakwatnya luntur tetapi tidak pada wang kertas yang disiarkan ini. Nsdk menemui kedua-dua wang kertas ini di edaran.
Mungkin ini lebihan dakwat semasa cetakan wang kertas dan salah satu dari dakwat tersebut telah merubah tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia kepada Zeti Azizi.
Gambaran penuh wang kertas (1)
Gambaran penuh wang kertas (2)
Mungkin ini adalah sebahagian daripada Wang kertas error. Bagaimana pandangan anda?.
No comments:
Post a Comment