Tidak ada kesan lekukkan pada permukaan belakang syiling memungkinkan ini adalah struck through asli.
Bagaimana rasanya bila seorang pengumpul syilling error terjumpa syiling begini dengan hanya harga muka hmm...rasa seperti mahu melompat-lompat...apa tidaknya struck through error pada syiling siri pertama tahun 1973. Hehe..overlah pulak walaupun syiling ini tidak secantik UNC.
Tidak seperti die gouge error atau extra dot yang acuannya(die) mengalami kerosakan. Sesuatu objek asing yang keras berbentuk panjang telah terjatuh ke atas planchet. Objek asing ini mungkin juga serpihan logam syiling, wayer, kain dan sebagainya terperangkap antara hammer die dan planchet dan menghalang tempaan yang sempurna semasa proses penempaan. Sebab itulah bentuk yang terhasil adalah negatif.
Struck through error juga boleh terjadi apabila minyak gris menutupi acuan die.
Di bawah ini adalah sekeping lagi syiling 50sen 1973 juga dengan error yang sama (mungkin minyak gris), pernah Nsdk siarkan dahulu.
1 comment:
Salam... Saya ada syiling yg mungkin di guna zaman firaun. Mempunyai gambar kaabah lama dan tulisan arab serta nombor yg mungkin tahunnya iaitu 166. Maklumat lanjut hubungi saya 0122630616.
Post a Comment