Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Monday 15 July 2013

Die Gouge Membesar



Nsdk pernah siarkan gambar syiling di atas dengan tajuk Die Gouge?. 
Tuan Depankanta telah memberi komen yang error tersebut sebenarnya adalah die chip 
error. Kemungkinan Die Gouge telah membesar menjadi Die Chip.



Syiling (1) Garisan tidak bersambung pada nombor 11.


SILA KLIK PADA GAMBAR 



Syiling (2) Garisan bersambung pada nombor 11.


Cuba anda lihat pada syiling (1) dan syiling (2). Perhatikan pada garisan yang membelah 
nombor 11. Garisan pada syiling (1) lebih pendek dari syiling (2).  

Adakah ini juga kemungkinan die gouge yang telah membesar? Jika ya, bagaimana 
ianya terjadi? Adakah dengan sendiri atau pekerja di kilang syiling telah membersihkan
2 kali di kawasan berkenaan. Kali pertama dibersihkan timbul error pertama pada 
syiling (1) bila syiling ditempa dan sekali lagi pekerja mencungkil dikawasan berkenaan 
yang menyebabkan garisan bertambah panjang dan wujud error pada syiling (2) bila 
ditempa semula. 

Ini hanya pendapat Nsdk sahaja. Harap dibetulkan jika tersilap.






Sunday 14 July 2013

Multiple Die Clash 50sen 2010


Nsdk pernah pamirkan sebelum ini syiling 50sen 2008 dengan kesan Multiple Die Clash. Syiling tersebut telah tersalah simpan.. Alhamdulillah telah jumpa semula dan Nsdk telah jumpa lagi sekeping kembarnya. 
Syiling 50 sen 2010 memang terkenal dengan die clash error, tetapi agak jarang-jarang ditemui dengan error begini, kesan dari perlanggaran antara Die atas dan Die bawah tanpa kehadiran planchet ditengahnya. Agak-agaknya berapa kali Die ini telah berlaga? 

                                           

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews