Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday 1 February 2013

Die Gouge 20sen 2007





Die Gouge terhasil akibat die tertusuk alat-alat pembersihan yang tajam hasil dari kerja-kerja yang kurang teliti semasa proses pembersihan die. Die gouge yang popular pada syiling Malaysia biasanya berbentuk bulat. Kadang-kadang pening juga hendak membezakan antara die gouge dan die chip walaupun telah banyak diterangkan oleh pakar-pakar. Pada pandangan Nsdk extra metal di atas daun sireh diatas mempunyai ciri-ciri die gouge memandangkan bentuk extra metalnya yang terkawal dan bentuk daun sireh yang kelihatan sempurna. Mungkin ada pandangan yang lain...


Tuesday 29 January 2013

Die Crack 50sen 1973












 



Biasanya garisan yang terbentuk dari die yang retak berbentuk positif (timbul).
Jika diperhatikan pada gambar syiling di atas, terdapat garisan yang melintang dari atas bangunan parlimen menghampiri bulan sabit. Permukaan antara garisan tersebut macam terdapat 'split' di situ...tinggi dan rendah dan tiada kesan torehan (tiada parit). Yang menjadi tanda tanya adakah garisan ini boleh dikategorikan sebagai die crack error? 









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews