Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 13 April 2013

Die Gouge yang mengelirukan 10 sen 2011










          Bagi Nsdk syiling 10 sen 2011 ini walau pun die crack error yang terhasil adalah 
          satu garisan pendek, tetapi ia begitu unik sekali kerana bagaikan membahagi 
          nombor 11 seolah-olah tahun 20 1/1. 

          Jika diperhatikan berhampiran nombor 1 pada rajah 4  adakah ianya seakan 
          membentuk blob yang kecil hasil dari crack yang terjadi  atau pun hanya 
          sebahagian nombor 1.  Jika benar ia blob tentu menarik jika ada pengumpul 
          yang menemui blob yang lebih besar.




Tuesday 9 April 2013

Rotated Die Hampir 180/ 360 darjah.












       Nsdk nak kongsikan antara koleksi rotated die yang dimiliki.  Bukannya apa nak 
       bagi semangat...syiling macam ni masih boleh diperolehi dimana-mana kalau rajin 
       sedikit.

       Sebenarnya gambar-gambar di atas telah lama Nsdk ambil. Belajar teknik 
       nak ambil gambil begini dengan Tuan Depankanta.  Macam mana ok tak? 


       5 sen tu Nsdk jumpa kat atas meja...tak de siapa peduli. Biasalah... Nsdk pantang 
       nampak syiling pasti akan dibelek dahulu. Bila jumpa yang terbalik begini memang 
       seronok sangat.  

       Hanya peggemar syiling-syiling error begini sahaja yang dapat rasakan macam 
       mana perasaan  bila terjumpa syiling error.  Kadang-kadang orang pelik dengan 
       hobi kita nie. Nak bagi syiling 10sen pada peniaga pun terbelek-belek dulu. 
       Ha..ha. Buat marah orang je!  








Sunday 7 April 2013

Die Crack V Die Gouge10 sen 1978


Tiada apa-apa kecatatan kelihatan di muka belakang syiling parlimen 10sen 1978.


Perasan tak error-error yang kelihatan?



Zoom lebih dekat lagi.
Kelihatan garisan-garisan  yang terbentuk hasil dari die yang crack 
maka terhasillah die crack error.  Garisan-garisan tersebut jelas 
kelihatan di lantai syiling dan pada bintang.




Terdapat kesan extra metal di tengah bangunan parlimen.  Kerja perbersihan 
syiling dengan alatan gouge menghasilkan Die Gouge Error. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews