Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Tuesday 22 September 2015

HAIWAN YANG MENAKJUBKAN PADA SYILING AUSTRALIA


Walaupun pun jika ingin dibeli, tidak semahal mana, tetapi adalah sesuatu yag menyeronokkan memperolehi syiling luar negara secara tidak sengaja semasa jual beli harian. Syiling yang dimaksudkan adalah syiling Australia bernilai 0.10AUD tahun 2008. Syiling 10 sen ini diperbuat dari cooper nickel, Pada muka belakang tertera gambar Queen Elizabeth II. Tempaan yang paling sedikit pada tahun 2011 iaitu sebanyak 1.7 juta keping sahaja.  


Kali pertama melihat syiling ini Nsdk sangkakan gambar pada bahagian hadapan syiling ini adalah sejenis haiwan laut. Rupa-rupanya ia adalah lakaran sejenis burung yang terdapat di tenggara Australia. Burung Lyre adalah haiwan purba Australia dimana fosilnya telah ditemui sejak jutaan tahun dahulu dan tersimpan di Muzium negara tersebut.

Sumber gambar dari Google
Menarik sungguh apabila ekor burung tersebut dikembangkan dan kelihatan seolah-olah sebuah kecapi. Mungkin dari situ ia mendapat namanya Lyre.  Ekornya mempunyai enam belas helai bulu pelepah dan mengambil masa 7 tahun untuk terbentuk dengan sempurna.


Sumber gambar dari Google

Lyrebird mempunyai kebolehan yang amat luarbiasa. Ia boleh meniru dengan tepat pelbagai jenis bunyi seperti percakapan, bunyi gergaji, kamera termasuk alatan permainan kanak-kanak seperti mechine gun. Paling menarik pernah dirakamkan burung ini meniru setiap bunyi yang didengarnya di kawasan pembalakkan termasuk bunyi kenderaan, orang menggergaji pokok, perbualan dan sebagainya. Tetapi kasihan, bunyi yang dihasilkan oleh burung ini menunjukkkan kehidupannya semakin terancam.

Di bawah ini Nsdk kongsikan salah satu rakaman burung ini yang terdapat di www.youtube.com dengan tajuk, " This bird can talk in 20 different voices ".

Demikianlah serba-sedikit maklumat yang Nsdk kongsikan melalui pembacaan di Wikipedia.org.

Saturday 19 September 2015

Die Crack Rim To Rim, 10sen Malaysia siri ketiga



Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera.  Agak lama rasanya Nsdk tidak menulis di blog. Hari ni teragak pula hendak berkongsi sekeping lagi syiling error bernilai 10sen tahun 2012.

Nsdk memang tidak banyak menyimpan syiling error Malaysia siri ketiga. Syiling 10 sen ini diperbuat daripada besi dan melekat pada magnet. Silau...... memang agak mencabar untuk merakamkan gambarnya. Puas berpusing sana-sini bersama handphone yang tak berapa hendak mahal untuk mendapatkan gambar agar kelihatan errornya. Maaf gambar tak berapa terang.




Ini adalah error kategori PART IV : Die Error (Die Crack Rim To Rim).  Acuan die boleh retak dari pelbagai arah akibat penggunaan yang berterusan. Pada permulaan retakan terjadi, hanya garis halus yang akan kelihatan pada syiling dan lama kelamaan akan menjadi besar. Retak yang lebih besar boleh mengakibatkan acuan die sumpik. Die yang retak  boleh menghasilkan retained cud jika serpihan masih terlekat sedikit pada die dan cud error terjadi apabila serpihan yang retak terpisah dari acuan die dan ruang yang kosong dipenuhi oleh logam syiling. 

Friday 1 May 2015

Syiling Daun Sireh Jadi Perhatian


Syiling Malaysia siri kedua bagi tahun 1989 dengan nilai muka 20sen di tempa sebanyak 28,945,225 juta. Satu jumlah yang agak banyak juga. Tetapi apa yang istimewanya ya?.


Kita lihat pada bahagian muka syiling pula.  Dahulu, bahagian ini saya sangkakan adalah bahagian belakang, tetapi mengikut sifu Numismatik ini adalah bahagian muka syiling. Pada bahagian muka syiling terdapat gambaran item budaya Malaysia iaitu tepak sireh, lengkap dengan kapur, gambir, daun sireh, buah pinang dan kacip.


(Variety 1)
(Straight Stem)

Daun sireh di atas adalah corak yang biasa kita jumpa pada kebanyakan syiling siri bunga raya dengan nilai 20sen. Alur daunnya melengkung dan tangkainya lurus.


Variety (2)
(Bent Stem)

Daun sireh yang ini pula agak istimewa kerana alurnya menyisik seperti daun getah dan tangkainya menunduk ke bawah. Setakat ini corak daun seperti ini hanya di temui pada syiling 20sen tahun 1989 dan 1990 sahaja dan tidak diketahui berapakah jumlah tempaanya.

Semasa acara lelongan MNS Auction No.163 pada 22.3.2015 syiling ini telah tersenarai sebagai Lot. 255 dan dikategorikan sebagai die variety. Maknanya terdapat dua corak die pada syiling 20sen tahun tersebut.  Anda boleh rujuk blog Sifu http://dniewcollectors.blogspot.com/ . Terima kasih kepada beliau kerana dengan senang hati berkongsi setiap kali keputusan lelongan. Sekeping syiling variety (1) gred UNC dan sekeping syiling variety (2) gred VF telah terjual dengan harga RM50.00 sedangkan harga tawaran asal hanya RM30.00. 

Satu perkembangan yang menarik. Memandangkan variety syiling ini baru disenaraikan oleh  sifu Mr. Saran Singh mungkin juga tidak ramai yang menyimpannya. Harga syiling ini mungkin akan meningkat satu masa nanti.  Lebih-lebih lagi jika ditemui dalam keadaan UNC. 



Sunday 12 April 2015

Daun Sup GST ( Goods and Services Tax )


Agaknya berapa harga daun sup layu ni?  Sebelum ini memang sudah tahu sangat harga daun sup yang dijual sebanyak ini. Jadi cadangnya hendak guna sedikit sahaja jadi singgahlah beli di kedai berhampiran dengan rumah. Harganya biasa yang sudah siap bungkus macam ni, 90sen sahaja.  Sengaja nak tengok harga selepas Goods And Services Tax (GST) atau pun Cukai Barang Dan Perkhidmatan (CBP).


Haa...ambik kau. Sampai ada dua harga pada kertas pembalut ni. Dah sah-sah peniaga ni memang tidak ada nombor pendaftaran GST pada bilnya..Bayaran dikenakan RM 1.20. Maknanya naik 30sen dari harga biasa. Wah..untung banyaklah macam ni. Peniaga ni betul-betul mengambil kesempatan atas cukai GST yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini, sedangkan sayuran ini tidak termasuk dalam senarai barang GST.  Macam mana dengan barang-barang lain?. Itu pun kalau kita perasan harga yang peniaga tu letak sebelum dan selepas GST. 

Macam mana ni nak lapor pada  KPDNKK ke atau nak boikot?





Friday 20 March 2015

Syiling Parlimen Planchet Error 20sen 1982


 

Syiling ini ditemui di edaran.  Kepingan campuran logam tertentu akan digelek oleh mesin penggelek mengikut ketebalan yang ditetapkan.  Kemudian kepingan tersebut akan dipotong kepada bentuk bulat mengikut saiz  syiling yang dikehendaki dan dikenali sebagai blank planchet.  

Melihat pada syiling di atas kemungkinan besar ia adalah error yang terjadi peringkat penyediaan planchet. Mungkin campuran logam yang kurang sempurna menyebabkan ada bahagian yang pecah atau pun kesilapan teknikal penggelek (roller) mesin yang menghasilkan keadaan blank planchet yang tidak sempurna atau mungkin juga gabungan dari kedua-duanya sekali. Apabila syiling ini ditempa akan kelihatan tulisan yang kurang sempurna, terutama pada huruf L dan sekitar rim di atas,

Logam yang berlebihan pada huruf L agak tinggi, tetapi ia masih separas dengan rim..menunjukkan ia terhalang oleh die yang menempa.


 

Pada bahagian hadapan syiling juga terdapat lebihan logam, tetapi ia masih separas dengan rim.




Syiling ini dilihat dari pandangan sisi. Walaupun syiling ini kelihatan terbelah, tetapi corak tepi rim masih terpelihara menunjukkan ia bukan PMJ. Cracked/Broken Planchet Before Strike mungkin sesuai bagi error syiling ini.

Walau bagaimana pun ini hanya pandangan saya sahaja. Sebarang pandangan lain adalah sangat di alu-alukan.

Sunday 8 March 2015

Tulisan Rapat SIABANK pada syiling



Tulisan pada sisi syiling 50sen siri pertama dan kedua, biasanya akan ditempa terlebih dahulu sebelum penempaan pada bahagian muka dan belakang syiling.

Tulisan yang sepatutnya adalah BANK NEGARA MALAYSIA, tetapi apa sudah jadi dengan syiling di atas. Tulisan yang tertera agak rapat dan boleh dibaca sebagai SIABANK. Jarak tulisan hampir 2 huruf.

Adakah ini menunjukkan wujudnya varieti kedua bagi syiling 50sen 1980?.

Sunday 18 January 2015

Struck Through Error 50sen 1973 Yang Kedua


Tidak ada kesan lekukkan pada permukaan belakang syiling memungkinkan ini adalah struck through asli.



Bagaimana rasanya bila seorang pengumpul syilling error terjumpa syiling begini dengan hanya harga muka hmm...rasa seperti mahu melompat-lompat...apa tidaknya struck through error pada syiling siri pertama tahun 1973. Hehe..overlah pulak walaupun syiling ini tidak secantik UNC.

Tidak seperti die gouge error atau extra dot yang acuannya(die) mengalami kerosakan. Sesuatu objek asing yang keras berbentuk panjang telah terjatuh ke atas planchet. Objek asing ini mungkin juga serpihan logam syiling, wayer, kain dan sebagainya terperangkap antara hammer die dan planchet dan menghalang tempaan yang sempurna semasa proses penempaan. Sebab itulah bentuk yang terhasil adalah negatif. 

Struck through error juga boleh terjadi apabila minyak gris menutupi acuan die.

Di bawah ini adalah sekeping lagi syiling 50sen 1973 juga dengan error yang sama (mungkin minyak gris), pernah Nsdk siarkan dahulu.


Anda boleh bandingkan error struck through PMD disini SYILING PONTIANAK KENA PAKU  50sen 1971.

Sunday 11 January 2015

Syiling Extra Dot Tidak Popular Di jual Mahal



Semasa acara lelongan MNS Auction No. 154 syiling error Malaysia 50 sen 1984 bagi lot. 79 dengan (dot) telah di lelong dengan harga RM 170. Pada asalnya harga yang ditawarkan hanya  RM 80 sahaja.  Mahal ke ni?.... Boleh kira mahallah juga kan, dengan condition yang bergred GVF saja..dan tidak popular pula tu. Berapa kali ganda dari harga muka...

Syiling di atas hanya hiasan sahaja. Nsdk tidak nemiliki syiling tersebut. Sayang sekali gambar syiling tersebut tidak dipaparkan. Teringin sangat nak lihat di manakah terletaknya (dot) yang dimaksudkan. 

Memandangkan syiling ini bukanlah extra dot 50sen yang popular seperti 50sen 1979 dan 1988, dan hanya  bergred GEF , tertanya-tanya juga apa keistimewaan syiling ini sehingga mendapat harga yang tinggi.

Ada tidak sesiapa memilikinya....?. Di manakah terletaknya nilai tambahan pada syiling ini...hendak di kata popular ...tidak.  Hendak di kata key date...pun tidak.. hendak di kata.. gred yang baik pun tidak... 

Walau bagaimana pun janganlah pula nanti harga ini di jadikan sandaran....apa-apa pun ia bergantung kepada persetujuan antara penjual dan pembeli. Harga syiling ini bolehlah di jadikan sebagai garis panduan supaya jika ada tawaran syiling begini janganlah dibeli dengan harga yang terlebih mahal dan jika ingin dijual janganlah terlalu murah.  

Di manakah letaknya nilai syiling ini...pada dotnya kah atau pada grednya?. Mungkin juga gred Good Extremly Fine ini adalah penariknya...memandangkan syiling parlimen yang biasa ditemui bergred VF sahaja.

Kalau ada sesiapa ada memiliki syiling tersebut..kongsi-kongsikan lah ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews