Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 25 January 2014

Wang Kertas Gantian (Replacement Note )


Wang kertas dalam edaran lama-kelamaan akan rosak dan  susah untuk diperiksa 
untuk dipastikan ketulenannya. Bagi menjaga kualiti mata wang Malaysia, Bank Negara Malaysia akan menggantikan wang kertas yang tidak sesuai dengan yang baru yang dipanggil  Wang Gantian (Replacement Note ). Siri Wang Gantian ini dimulai dengan Z/1 pada tahun 1967.  Wang Gantian juga menjadi buruan peminat Numismatik.  

Mari kita lihat wajah-wajah wang kertas yang sudah tidak sesuai digunakan , di sini.

Friday 24 January 2014

Struck Through Syiling 50 sen 1971


 

 

Jika dilihat pada bentuk garisan yang terhasil, ia tidak bertebing untuk membuktikan ia tidak diguris dengan sesuatu. Nampak seperti Struck Through Error dimana ada serpihan besi  telah terperangkap diantara die dan planchet semasa proses penempaan. 


Di bahagian belakang Syiling, juga ada tanda yang serupa. Tetapi permukaan Syiling nampak  seperti tidak rata (lekuk). Biasanya struck through error tidak menjejaskan bahagian yang lain.  Adakah error pada syiling ini palsu atau asli?.

Untuk makluman syiling ini Nsdk perolehi dalam edaran.  Harap ada yang sudi menjelaskan untuk pembelajaran kita semua.











Kenali Ciri-Ciri Keselamatan Wang Kertas Malaysia



Hari-hari kita pegang wang kertas Malaysia.   Tetapi tidak pernah terfikir untuk ambil tahu ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas tersebut. 

Mujurlah saudara AHK menerangkan pada Nsdk, dan barulah tercari-cari maklumat yang berkaitan. 

Bagi yang tak ambil pusing macam Nsdk,  Jom kita cari rahsia yang tersembunyi disebalik Wang kertas Malaysia disini. .


Monday 20 January 2014

Wang Kertas Malaysia RM1 (Error atau palsu? )


Nampaknya tahun ini tidak ada pengeluaran Wang kertas baru sempena  Tahun Baru Cina  kerana  Bank  Negara Malaysia akan mengitar semula wang kertas RM 1 dan RM5 sebab stok lama masih ada lagi. 

Bagus juga tu, satu inisiatif Bank Negara Malaysia sebagai menyokong kempen   " Hijaukan Alam Sekitar Anda ".  Penjimatan dakwat,  eletrik dan banyak lagi. 

Baiklah, jom lihat RM1 di bawah,


 

Nampak tak bayang bulatan dan petak memanjang berwarna kuning ?. Bila disentuh pada bahagian yang  berwarna  kuning dan biru,  tidak ada tebing.  Tidak ada tanda - tanda bayangan  warna kuning itu  dicetak kemudian.  Jika dilihat pada cahaya lampu, kilat pada permukaan adalah sama. Tetapi kalau   di lihat tanpa bantuan cahaya  pun jelas kelihatan.  Adakah ini wang kertas error atau palsu?. 





Sunday 19 January 2014

Misalignment Die Error (MAD) V Rotated Die, 20 sen 2005


Apa nak panggil ni?  Rim senget sebelah ok tak?
Error ini terjadi apabila hammer die (Die Atas) telah lari dari kedudukan asal.  Misalignment Die Error (MAD) hanya terjadi  pada sebelah muka syiling sahaja.

Jika kedua-dua muka, ia dikenali sebagai  Off-centre Error, dimana kedua - dua die telah lari sedikit dari kedudukan asal.

 
(Rotated Die) 
Die  telah berpusing. 


Kedudukan imej pada syiling yang sepatutnya. 

Selain dari itu die yang menempa syiling ini juga telah berpusing. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews