Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Monday 8 December 2014

Syiling Die Clash Error Adik Dan Abang 10sen Tahun 1990





Set Syiling (1) Bahagian muka dan belakang.




Set Syiling (2) Bahagian muka dan belakang.


Logam syiling sepatutnya berada di tengah-tengah antara die atas dan die bawah. Kegagalan planchet berada pada kedudukan yang sepatutnya di dalam chamber akan menyebabkan die berlaga sesama sendiri. Bahagian yang mengalami tekanan yang lebih kuat akan menghasilkan imej yang lebih ketara. Error ini dikategorikan sebagai Die Errors (Clashed Die or Die Clash).

Jika di perhatikan pada set syiling di atas sekiranya ia adalah dari die yang sama? Memandangkan imej die clash akan beransur-ansur hilang apabila die terus-terusan menempa, mungkin set syiling (1) adalah adik dan set syiling (2) adalah abang.

Sunday 30 November 2014

Lawatan ke Kilang Memproses Syiling



Ingin tahu bagaimana syiling dibuat?. Agak sukar untuk kita melihat cara-cara membuat syiling di Malaysia. Tidak seperti di sesetengah negara luar, di mana ada masa-masa tertentu  kilang syiling di buka untuk lawatan kepada pelawat.

Tetapi tidak mengapa Nsdk ingin kongsikan disini satu lakaran yang begitu jelas sekali tentang proses pembuatan syiling oleh Britanica, disini.

Sudah lihat lakaran tadi? Bagaimana?. Apa kata kita pergi lebih dekat dengan menonton video memproses syiling. Bukan kilang syiling di Malaysia tetapi di Philadelphia, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun teknologi yang digunakan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa untuk penghasilan syiling yang lebih berkualiti. Sebab itu jugalah mereka sentiasa mengkaji syiling error.

Ayuh kita ke kilang syiling. Jom layan Youtube ini pula. Jika ada masalah dengan link ini, cuba cari You Tube di google How Money Is Made - Part 1.


Sumber : Kids. Britanica
Sumber : Modern Marvels (Youtube)

Sunday 16 November 2014

Die Crack 1 1/2 tower Oleh Pakar Numismatik Malaysia Mr Saran Singh

Nsdk rasa syiling dibawah ini merujuk kepada syiling Pakar Numismatik, Mr. Saran Singh yang dikongsikan oleh  Mr. DicksonNiew di blog beliau seperti di link berikut.  Memandangkan Nsdk menemui beberapa keping syiling 5 sen 2009 dengan error die crack seakan serupa, dan ada kesinambungan die progresif maka dengan sukacitanya ingin disiarkan disini untuk pembelajaran bersama.



Syiling (1)

 
Syiling (2)

 
Syiling (3)

 
Syiling (4)

Jika syiling 5 sen 2009 dengan double die error, popular dengan panggilan twin tower, syiling ini pula dikenali dengan 1 1/2 tower.



Jika diteliti pada keempat-empat syiling, crack yang terhasil semakin membesar. Die Crack error terhasil apabila acuan yang menempa die mengalami keretakan. Selalunya die crack error dikaitkan dengan kehadiran garisan bergerigi seperti ini atau ini.

Mungkinkah garisan crack yang hadir begitu halus dan memerlukan kanta berkuasa tinggi untuk melihatnya atau pun kesan bentuk crack yang terhasil menjadi penentu. Hanya pakar saja yang lebih mengetahuinya.


Kelihatan tanda begini wujud pada kesemua syiling ini. Adakah ia juga error? Die Gouge Error atau Counter Clash Error ?

Wednesday 12 November 2014

COUNTER CLASH TYPE II 10SEN 2014

Jika sebelum ini Nsdk pernah pamirkan syiling dengan error begini pada syiling 10sen 2012, kini satu lagi syiling ditemui.  Mari sama-sama kita kaji bagaimana error yang unik ini boleh terjadi.



Di bawah ini Nsdk cuba lakarkan. Sebenarnya buat di power point dahulu, selepas tu ambil gambar dengan handphone, kemudian tu import gambar ke sini. Hehe... macam nilah orang kurang mahir buat kerja.  Sebab tu gambar tidak berapa terang, Tapi boleh nampakkan....



Inilah hasilnya...ada pertambahan corak yang sama pada kedua-dua belah muka syiling...tetapi anda perasan atau tidak, tanda clashnya? . Mungkin juga objek asing yang jatuh di atas planchet agak tinggi(tebal) dimana meminimumkan kesan clash.



Walau bagaimanapun lakaran di atas hanyalah pandangan Nsdk. Jika Nsdk tersilap pandangan lain adalah amat-amat dialu-alukan.


Saturday 1 November 2014

Misai Biru Wang Kertas RM1 Prefix CC3179252

Wang kertas dengan Prefix yang dimaksudkan. Mana misainya,? Bukan misai wau yang dimaksudkan...tetapi kelainan tersebut ada pada gambar dibawah.

Inilah misai biru yang dimaksudkan.  

 

Wang Kertas RM1.00  biasa

Nsdk cuba cari wang kertas yang lain dengan Prefix  CC. Nampaknya wang kertas ini sama seperti yang lain-lain. Salah satu keistimewaan yang ada pada wang kertas polimer adalah salutan seakan plastik pada permukaannya  supaya ia tidak mudah lusuh.  Jika warna ini ditambah kemudian tentu dengan mudah dapat di kesan dengan menyapu sedikit air misalnya. Adakah ini merupakan salah satu (error)  kesilapan dalam cetakan wang kertas polimer RM1.00 ?.


Saturday 27 September 2014

Syiling Error 10 sen Siri Ketiga, Counter Clash Jenis II

Die Clash terjadi di mana die atas berlaga dengan die bawah tanpa kehadiran planchet di tengahnya.
Bagaimana pula dengan syiling di bawah ?.




Terdapat tambahan corak pada bahagian muka syiling.
Kita lihat pada bahagian belakang syiling pula.



Nampaknya kesan yang sama juga terjadi pada bahagian belakang syiling.  Melihat pada imej yang terhasil sememangnya ini bukan Die Clash Error.

Error ini dikenali sebagai Counter Clash Error Type II. Ia terjadi semasa berlaku pertembungan antara die (tanpa planchet ditengah) ada sesuatu objek yang keras telah terjatuh ke atas die dan merosakkan kedua-dua permukaan die,  Apabila die ini menempa planchet akan terhasillah bentuk begini.

Sunday 18 May 2014

Syiling Minyak Yang Istimewa

 

Syiling ini kelihatan kotor sekali.  Mungkin ramai yang sudah tahu akan keistimewaan syiling 50 sen 2009. Syiling ini jelas kelihatan kesan gandaan pada sebahagian tulisannya sebab itulah Nsdk ingin menyimpannya walaupun telah memiliki syiling 50sen 2009 Double Die yang lain. Kesan kotoran pada syiling tersebut seperti minyak. Syiling memang tidak digalakkan untuk dicuci kerana akan menghilangkan keaslian warnanya serta bercalar dan  akan turun harga.   Syiling kalau hendak dibersihkan juga bolehlah direndam didalam air suam dan dikeringkan dengan menggunakan kain yang lembut atau kapas. Tekap-tekap sahaja tak perlu gosok.  Tidak tahulah lagi hendak dibersihkan atau tidak....

 

Kesan gandaan yang menarik pada syiling terjadi kerana berlaku kesilapan pada acuan.

  



Tuesday 6 May 2014

Senarai Syiling Rim Burr Error Dalam Simpanan Nsdk





 

Setelah meneliti gambar diatas, apa pendapat pelawat semua,  adakah ia syiling yang boleh dikategorikan sebagai Rim Burr error?. Mengikut pengalaman Nsdk yang tidak seberapanya ini,  Syiling rim burr error agak menarik dan ia agak sukar ditemui.  Di bawah ini tersenarai beberapa keping syiling dengan error seakan serupa yang pernah dikongsikan.  

10 sen 1981 (syiling di atas)

20 sen 1981

20 sen 2001

50 sen 1997

50 sen 1999

Hendak tahu lebih lanjut tentang bagaimana kecatatan pada syiling ini boleh terjadi, bolehlah membaca penerangan panjang lebar Tuan Depankanta di blog beliau.

Thursday 24 April 2014

Syiling Biru Kuning, 10 sen 2014 Improper Annealed



Warna biru dan kekuningan jelas kelihatan pada bahagian belakang Syiling. 


Campuran warna syiling biasa dan sedikit kekuningan.

Sebelum ini Nsdk pernah siarkan syiling 20sen 2007 yang kelihatan beberapa tompokan kebiruan dan syiling 5 sen 2006 dengan warna cokelat kemerahan.  Kedua-dua syiling tersebut adalah campuran Cooper-Nickel. 

Bagi syiling 10 sen 2014 di atas ia diperbuat dari Stainless Steel dan melekat pada magnet.  Nampaknya logam ini lebih Menarik warnanya.  Sebelum syiling ditempa blank (planchet) akan dipanaskan dahulu dalam ketuhar untuk melembutkan logam agar ia mudah dibentuk. Suhu boleh menjadi terlebih panas dan ketidaksempurnaan proses ini dikenali sebagai Improper Annealed. Error begini boleh menukar syiling sehingga menjadi kehitaman.  

Namun begitu syiling Natural Toning juga boleh bertukar kepada warna kebiruan.  Tetapi ia biasanya terjadi pada syiling yang telah disimpan lama didalam album tertentukan atau sampul surat kertas. 


Saturday 19 April 2014

Syiling limau purut, 20 sen 1967 Struck Through Error



Bahagian belakang syiling 


Bahagian muka syiling

Betul ke syiling ini kategori struck through error ?.

Sebab utama Nsdk memilih error tersebut adalah kerana keadaan lantai syiling lebih berkedut dari rekabentuk tulisan dan bunga. Lebih-lebih lagi di bahagian muka syiling pada bintang dan  bangunan parlimen.

Mungkin terdapat minyak gris terlekat pada kedua-dua die yang menempa syiling. Dan apabila planchet ditempa inilah hasilnya syiling berkedut-kedut seperti kulit limau purut.

Thursday 17 April 2014

Akibat Ribut Pokok Besar Tercabut Dari Tanah di Seremban 2 menuju ke Tesco


Masa ini Nsdk sedang memandu memang terkejut sangat nampak pokok besar tumbang.  Tidak begitu jelaskan.. kena turunkan cermin. Nsdk kena hati-hati ni, snap gambar guna hand phone,  silap-silap kereta depan kena langgar. 

Haa.... baru nampak jelas. Subhanallah!!. Pokok sebegini besar boleh tercabut begitu. 
Alhamdulillah, mujur pokok tersebut tidak tumbang ke arah jalan. 


Pokok lain yang berderetan dengan jalan ini pun turut tumbang. 


Bahaya juga pokok besar tepi jalan. Struktur tanah kena betul-betul kuat. Rasanya ini pokok tanam kemudian.  Oklah tidak boleh lama-lama pegang handphone bahaya! !

Saturday 12 April 2014

Varieti Reka Bentuk Syiling atau Varieti Extra Dot 50 sen 2002


Bentuk stigma biasa pada Syiling 50 sen 2002


Bentuk stigma dengan tambahan extra dot 
Syiling (1)


Bentuk stigma dengan tambahan extra dot 
Syiling  (2)



Pada mulanya pada entri sebelum ini Nsdk menyangkakan lebihan logam pada stigma adalah die gouge error, tetapi apabila melihat pada stigma syiling di atas dua kemungkinan boleh berlaku.  Kebarangkalian stigma tersebut memang direka begitu pada die (die varieti) atau pun die telah dicungkil untuk dibersihkan (die gouge error).

Friday 11 April 2014

Lamination Error 10 sen 1982 ?


 

Syiling di atas nampak lusuh kan.  Ada sesuatu yang menarik perhatian Nsdk pada syiling ini.  Pada bahagian muka syiling logam tersebut seperti terkopek.  Adakah sesiapa telah mengumpil bahagian tersebut ?. Kecatatannya tidak kelihatan seperti terkena asid. 

Mungkin juga ini adalah lamination error dimana adunan logam kurang sempurna dan menyebabkan ia  mudah tertanggal.  Proses ini boleh terjadi semasa pemanasan blank atau selepas syiling ini ditempa. Melihat pada kesan terkopek yang agak bergerigi mungkin permukaan syiling ini terkopek selepas ia ditempa.

Wednesday 9 April 2014

Gabungan Extra Dot dan Die Clash pada Syiling 50 sen 2002


Perhatikan bentuk rim yang melebar di bahagian bawah yang membezakannya dengan syiling 50sen 2002 yang lain . 


                                

Terdapat lebihan logam pada kawasan yang bertanda dengan anak panah kuning yang kelihatan seperti Extra Dot.

 

Die Clash yang terhasil pada anak panah merah jambu dimana die telah berlaga tanpa kehadiran plancet di tengahnya sebelum syiling ini ditempa. 

Die gouge (extra Dot) pula   pada anak panah berwarna kuning. Lebihan logam berbagai bentuk boleh terhasil akibat dari kerja-kerja pembersihan die, tidak semestinya berbentuk bulat bergantung kepada jenis alat yang digunakan dan cara cungkilan atau kikisan yang dibuat.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews