Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Monday 31 December 2012

Finned Rim 10 sen 2004





Tepi rim dibahagian muka hadapan kelihatan tertolak ke atas.




Kelihatan logam berlebihan dibahagian tepi rim
 dan menjadikan rim lebih tinggi dari biasa.



Biasanya error ini terjadi semasa penyediaan blanking.  Tetapi heran ya... kenapa semasa proses
 penempaan syiling,  logam tersebut masih kekal meninggi dan tidak tergulung atau menjadi 
seperti error rolling fold apabila ditempa.  





Wednesday 26 December 2012

WORN DIE 10 sen 2011







Die break terjadi hasil dari die yang telah pecah.  Semakin besar pecahnya  sesuatu die bertambah besarlah kelihatan logam di permukaan syiling. Biasanya die cud terhasil dengan diiringi die crack. Tetapi syiling di atas tidak kelihatan cracknya.  Ini hanya pandangan Nsdk sahaja. Kalau silap harap ada pakar-pakar yang tolong betulkan.


Sunday 23 December 2012

Multiple Die Chip 10sen 1999


10sen 1999
Syiling(1)


Syiling ini diberi Rarity: RRR oleh Mr. Dickson Niew. Mungkin kerana ianya agak istimewa dan kecacatan begini sukar ditemui.  Kesan Die Chip yang ditemui agak rata serta leper dan berbeza dari kebiasaan, Selalunya die chip kelihatan membulat dan sedikit tinggi dan melekat dibahagian tepi akibat kerja-kerja pembersihan die yang kurang teliti.  Pelawat boleh membaca entri lanjut di sini.




Wednesday 19 December 2012

20sen 1988 (Double Die ?)




Jika dilihat pada bahagian atas bangunan parlimen terdapat dua garis yang berbeza.
Tidak ada kesan seret dimana bayangnya nampak timbul. Tetapi tidak ada kesan
lekuk atau garis pemisah.



                                         Gambar bulan ini pun tidak ada kesan garis pemisah.
                 Tetapi kenapa agaknya bulan sabit di atas lebih kecil dari bulan sabit di bahagian
                 bawah. Ilmu Nsdk masih tak tercapai lagi untuk mengesan error syiling ini.
                                                   Minta bantuan ya sesiapa yang sudi.


Thursday 13 December 2012

Cute Die Gouge 10 sen 2011


                                                                             Syiling (1)


                                                                           Syiling (2)



Syiling terakhir siri kedua 10 sen 2011 ini, nampak begitu manis sekali dengan tali lalat di muka bahagian belakang.  Adakah error (Die Gouge) ini terjadi dari acuan yang sama?  Kesan dotnya sama tetapi terdapat sedikit perbezaan dari bentuk tulisan, dimana tulisan  MALAYSIA  pada syiling 2, lebih kemas dan terdapat sedikit error di rim syiling 2 dibahagian atas. 

Sunday 9 December 2012

Double Die 20sen 2007




                                                                            Syiling (1)



                                                                           Syiling (2)



Nsdk semak semula syiling 20sen 2007 selepas melihat paparan di blog Tuan Depankanta. 

Thursday 6 December 2012

Double Die 10sen 2008











Kelihatan kesan Double Die dibahagian kiri kepala congkak. 
Jika diperhatikan ada seperti lebihan die disitu. 
Nsdk tidak pasti adakah itu juga dikenali sebagai error selain dari error DD.





Siri Double Die Congkak :
Double Die 10 sen 2006
Double Die 10 sen 2007
Double Die 10 sen 2008





Monday 3 December 2012

Double Die 10sen 2007

Syiling (1)





   
   
Syiling (2)











  
                           Syiling (1)

                        Syiling (2)
























Jika diperhatikan terdapat banyak  persmaan DD antara syiling (1) dan syiling (2) yang ditempa pada tahun yang sama. Mungkin juga error ini terjadi dari die yang sama.


Siri DD congkak koleksi Nsdk boleh dilihat disini.


DD 10 sen 2006
DD 10 sen 2007
DD 10 sen 2008

Sunday 25 November 2012

Double Die 10sen 2006





Ramai yang berminat dengan syiling DD congkak. Nsdk ambil semula gambar syiling yang pernah dipaparkan dahulu  kerana gambar yang kurang memuaskan. Nsdk akan cuba ambil kembali gambar syiling-syiling DD congkak 2006, 2007 dan 2008.


Sunday 18 November 2012

DDD 10sen 2007



Tulisan Bank Negara Malaysia yang rosak akibat penggunaan die yang berterusan.
Walaupun syiling ini tiada nilai numismatik.... saja Nsdk hendak kongsikan disini untuk perbandingan.

Double Die 10 sen 2007

Syiling (1)


Syiling DD ini sudah lama juga Nsdk simpan. Tahun lepas jumpa, tidak lama selepas terlihat syiling begini  di blog Tn. Mnfaj.

Sunday 4 November 2012

DDD V MDD 50 Sen 2011


Agaknya mengapa bunga raya ini lari ke belakang dan imej daun pula lebih ke hadapan?




Gambar ini nampak kabur sebab pecah. Nanti nsdk cuba ambil semula... 
silap setting..... 



Syiling ini benar-benar membuat Nsdk keliru. Jika dilihat pada nombor lima dan kosong.. jelas kesan seret pada nombor tersebut... MDD lah tu kan..  Tetapi  kenapa bunga raya tu seolah-olah bertingkat dan bukan diseret.. Harap ada sesiapa yang sudi membantu... 

*Tajuk telah ditukar selepas mendapat pandangan dari pakar Tn. Mnfaj dan Tn. Depankanta 

Tuesday 30 October 2012

PMJ 50sen ???



Sekeping syiling  50sen yang tidak diketahui tahun cetakannya.  
Nsdk tidak tahu apa puncanya syiling ini terjadi seperti ini. 

Die Crack 50sen 2011


Syiling 50 sen 2011 ini mempuyai error Die Crack pada bahagian 7.... dari rim ke nombor 5  dengan membentuk huruf Y.

Sunday 28 October 2012

Syiling Bernilai, Jom Cari...

Sebenarnya masih ramai yang belum tahu tentang hobi yang unik ini. Seolah-olah macam mencari harta karun untuk syiling-syiling yang Rare dan Error. Pemburuan yang menyeronokkan!. Ia ada dimana-mana... dalam laci...dalam tabung...dalam kotak...dalam poket...dalam handbag dan sebagainya.. atau pun dari tukaran dibank atau kedai runcit....

Kadang-kadang kita macam tidak percaya akan memperolehi syiling-syiling lama masih baru bagaikan tidak pernah digunakan.  Saya sendiri banyak menemui syiling-syiling tersebut. Inilah masanya memburu sebelum syiling-syiling siri pertama dan kedua ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia. Modal yang diperlukan terlalu kecil ...bermula dari 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen hingga 50 sen.....berbanding nilai syiling tersebut bila dijual.....Anda boleh buat carian di google...cuba lihat harga-harga terkini untuk syiling-syiling tertentu diebay dan mudah.my. Harganya boleh mencecah puluhan....ratusan malah sehingga ribuan ringgit. Yang penting cari...(jangan sesekali dibersihkan)....simpan dgn cara yang betul... kalau tak minat nak simpan, boleh jual...

Anda boleh dapatkan senarai syiling buruan di blog-blog para numismatik. Salah satu darinya ada di blog rakan saya Depankanta.blogspot.com  SYILING BURUAN 2011
dan dapatkan juga syiling-syiling error .... terutama DOUBLE DIE..

Saturday 20 October 2012

Multiple Die Clash 50sen 2008



Nombor 5 dan 0 yang bercelaru akibat die clash yang berganda.


Bayang wau


Imej 5 dan 0



Nsdk pernah terjumpa syiling begini di blog Tn. DepankantaMULTIPLE CLASH VS TRIPLE

MDD atau DD 20sen 1994 ?


Syiling buruan...20sen 1994
Kelihatan kelopak bunga, daun dan nombor berganda.




Thursday 18 October 2012

Die Chip 10 sen 1988





Terdapat lebihan die (membulat) menutupi sebahagian bucu bintang atas dan tepi.

Die Chip V Filled Die ? (PMD)






Jika dilihat pada syiling 10 sen 1980 ini.. dengan keadaannya yang agak lusuh,
Nsdk jangkakan syiling ini adalah syiling PMD.  Tetapi bila diteliti pada keratan
di bawah.. pada huruf Lbagaikan terdapat lebihan die dan pada huruf Y macam filled die error.
Ini hanya pandangan Nsdk sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews