Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday 27 September 2013

RTR Die Crack Error 50sen 2000

     


  

Keadaan syiling 50sen 2000 ini tidaklah secantik syiling UNC,  tetapi Nsdk tertarik pada error yang tertera pada muka syiling.  Garisan seperti benang yang merentangi di bahagian bawah wau..... itulah kelebihan syiling ini. Rim to rim crack error atau nama singkatannya RTR   error terjadi apabila berlaku keretakan pada die yang menempa syiling.

Thursday 26 September 2013

Die Clash Error 50sen 1988

 

Salam kepada pengunjung semua.  Harap-harap tidak silau mata dengan syiling 50sen parlimen Nsdk yang ala-ala UNC. He he...perasan pulak. 


 

Satu lagi kelebihan syiling 50sen 1988, siri parlimen ini adalah die clash error.  Dengan keadaan muka hadapan syiling yang masih elok,  jelas sekali kesan die clash atau perlanggaran antara hammer die dan anvil die tanpa kehadiran planchet.




Monday 23 September 2013

PMJ atau Error? 20sen 1968


Bahagian belakang syiling 20sen  tahun 1998 ini, kelihatan biasa sahaja tanpa sebarang kecacatan.




Berlainan pula di bahagian muka? Terdapat banyak kesan berlubang pelbagai saiz. Bahagian rimnya pula sebahagian elok, manakala sebahagian rosak. 

Jelas kelihatan di bahagian rim rosak setelah syiling ini siap ditempa sepenuhnya. Tetapi bagaimana pula dengan lubang-lubang yang terbentuk. Adakah kerana kerosakan pada planchet, die atau semasa proses penempaan ataupun syiling ini telah di pahat. 

Jika syiling ini PMJ tentu tekanan yang agak keras diperlukan untuk menghasilkan lubang-lubang tersebut dan akan meninggalkan kesan di bahagian belakang syiling.....tetapi tiada sebarang kesan kelihatan.  PMJ atau Error ???.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews