Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday 27 December 2013

Die Gouge & Die Chip 10 sen 1989



 

Die  Gouge yang  dimaksudkan. 


 

Die  Gouge yang bertanda  dengan anak  panah  hijau dan die chip error yang    bertanda dengan anak  panah kuning.

Pada  mulanya Nsdk tidak perasan pun terdapat die gouge error pada  kelopak  bunga syiling ini.  Sebelum  ini Nsdk pernah siarkan syiling 10 sen 1996 yang mempunyai error die gouge yang begitu besar sekali di atas kelopak bunga raya.  

OKlah ya. ....Nak cepat  ni.  Nak pergi  kenduri  kahwin. 


Friday 20 December 2013

Syiling 20 sen 1979 Extra Dot.


 


Kawasan Extra Dot yang dimaksudkan.

(Syiling  1)

Syiling  2

Syiling 3

Planchet syiling  ini kelihatan menggerutu. 

Syiling  4


Sebelum ini Nsdk pernah siarkan Syiling Die Chip Error 20 sen 1988 yang mempunyai dua titik pada bahagian tepi bintang.   Nsdk gunakan istilah extra dot walaupun ia  berbentuk petak, memandangkan di Malaysia,  die gouge error  lebih popular dengan panggilan extra dot.  

Kalau tak silap...syiling extra dot 20sen 1979 ini pernah dilelong (MNS) dan terjual dengan harga RM 70.00. Tak ingat bila....rasanya tahun lepas. Tidak tahu pula berapa nilainya sekarang. Kalau condition UNC tentu akan melambung harganya...tetapi yang Nsdk ada setakat gred VF sahaja.    Walau apa pun simpan je... untuk pelaburan...hehe....bukan beli pun. 

Jadi kalau ternampak syiling 20 sen 1979 jangan lupa cari extra dotnya.....

Monday 9 December 2013

Die Crack Syiling Parlimen 50 sen 1988 ?






Kelihatan logam seperti terkelepet...


Hari ini Nsdk ingin kongsikan sekeping syiling siri parlimen tahun 1988. Sebelum ini Nsdk pernah siarkan syiling 50 sen 1973 dengan error seakan-akan syiling yang dipamirkan... tetapi syiling tersebut telah diselaputi kotoran dan gambaran tidak begitu jelas.

Bagaimana dengan syiling ini...bolehkah ia di kategorikan sebagai die crack error dimana die yang menempa planchet telah retak atau pun cracked planchet di mana berlaku ketidaksempurnaan planchet pada bahagian tertentu dan mengubah rekabentuk yang sepatutnya semasa proses penempaan?



Wednesday 4 December 2013

Doubled Die 10 sen 2013 ?


 



Doubled Die adalah antara kategori error popular di kalangan pengumpul syiling error. Syiling 10 sen 2007 paling banyak vareiti di temui.  Syiling doubled die error biasanya mengalami kesilapan di peringkat awal semasa pemindaan imej ke working die. Syiling Malaysia, siri ke tiga...10 sen 2013 jelas kelihatan nombor dua yang berganda. Adakah ini juga doubled die error?. Sama-sama kita tunggu rumusan pakar numis. Apa-apa pun bak kata blogger DuaCongkak simpan dulu...

Tuesday 3 December 2013

Die Gouge Error 50 sen 1973 ? dan 10 sen 2010




 
Adakah  ini die gouge error, lamination atau PMJ?.  Jika ia PMJ , tentu ada kesan berparit di tebing lekuk di sebelah lebihan logam.  Jika ia die gouge error mungkin bahagian yang lekuk itu tidak dibersihkan sepenuhnya. 



 

Die Gouge tidak  semestinya berbentuk bulat. 

Lebihan logam pada syiling di atas hadir sendirian,  tiada butir-butir pasir halus pada syiling  yang biasa terjadi pada Syiling worn die. Mungkinkah ini juga  die gouge error ?

Ini hanya pandangan Nsdk sahaja. Mungkin ada pandangan lain?

Tuesday 26 November 2013

Extra Dot 50 sen 1979




 


Syiling 50 sen 1979 yang mempunyai error die gouge akibat tertusuk alatan yang digunakan semasa proses pembersihan die,
atau biasa dikenali sebagai extra  dot memang menjadi buruan pengumpul syiling error.  Tetapi bukan senang nak jumpa kalau cari sendiri.  Syiling ini adalah syiling error yang terawal ditemui oleh Nsdk. Terjumpa dekat rumah je pun.    

Memang susah betul nak dapat.  Sampai sekarang hanya sekeping ini sahajalah yang     ada.  

Sunday 24 November 2013

Cracked Planchet Atau Struck Through Error 10 sen 1992 ?

Rekahan  yang terhasil kelihatan berada di bawah tulisan. 


Jika syiling ini terkena asid tentu angka 9 turut sama terhakis. 

Nsdk pernah siarkan beberapa keping syiling Siri parlimen, cracked planchet sebelum ini.  Cracked planchet terjadi bermula dari penyediaan logam yang kurang sempurna diperingkat awal penyediaan logam syiling,  dimana  akan  mengakibatkan planchet retak  sebelum atau pun selepas penempaan.  

Walau bagaimana pun kadang-kadang kita akan terkeliru antara struck through error  cracked planchet error atau pun syiling tersebut telah terkena asid dan khabarnya syiling yang terkena asid.... syiling  tersebut hidup dimana semakin lama rupa syiling akan berubah mengikut kadar asid yang masih tersimpan di dalam syiling menghakisnya .

Kecacatan syiling ini lebih kepada struck through error atau cracked planchet error.  Mungkin ada sesiapa yang boleh membantu ?  

Di sini syiling Cracked Planchet Error Syiling Parlimen yang pernah disiarkan dahulu. 



Friday 22 November 2013

Kerongsang syiling 50 sen 1997



 


Salam kepada pengunjung.  Hari  ini  Nsdk  ingin  kongsikan sekeping syiling 50 sen yang  telah diubah menjadi  kerongsang.  Syiling ini  terjumpa semasa mengemas kotak tin.  Tiada  siapa yang tahu bagaimana  syiling ini telah berada  di rumah   Nsdk.  


Agak-agaknya syiling ini memang dikeluarkan oleh Bank  Negara  Malaysia  dengan  saduran  warna  emas atau  pun dicelup dengan warna emas oleh penjual kerongsang?. 

Ada  juga  buat  carian  di Google....tidak ada pula terjumpa apa-apa maklumat tentang syiling seperti  ini. Jika diteliti tidak ada pula apa-apa catatan pada syiling yang menunjukkan ia  dikeluarkan sempena peristiwa tertentu.  Kemungkinan  syiling ini  telah disadur dengan warna emas oleh pereka cenderamata.




Monday 11 November 2013

Syiling Palsu 50 sen Lekat Pada Magnet




 

Syiling Palsu 50 sen 1999 yang  mempunyai kesan karat.
.
 

Syiling  Palsu 50 sen  2002 dengan 
die filled error. 

 

 

Syiling Palsu 50 sen 2005. Syiling ini walaupun tidak kelihatan seperti Besi, tetapi ia lekat pada Magnet. Mungkin logam asasnya besi dan disalut logam lain.  


 

 

Kelihatan kesan die clash error nombor lima dan kosong .


Tentu ramai pengumpul syiling Malaysia yang sedar akan kehadiran syiling palsu 50sen di edaran. Paling istimewa jika terjumpa syiling palsu 50sen yang lekat pada magnet. 

Setelah disemak, nampaknya Nsdk tidak memiliki syiling palsu 50 sen 1993 yang lekat pada magnet seperti yang disiarkan oleh Tn. Depan Kanta. Rupa -rupanya syiling yang dijangka tahun 1993 adalah  tahun 1999.

Sebenarnya telah lama Nsdk simpan syiling 50 sen 1999 dan 50 sen 2005 yang lekat pada magnet, sebelum ada blog lagi, sehinggakan Nsdk rasa tidak akan dapat lagi syiling begini. 

Tidak disangka-sangka dua hari lepas terjumpa pula syiling palsu 50sen 2000 semasa aktiviti membelek syiling.  Jadi bertambahlah koleksi syiling magnet yang sedia ada. 

Buat pengetahuan semua setelah diuji dengan magnet yang kecil ,tarikan ketiga - tiga syiling ini pada magnet begitu kuat sekali. 

Nampaknya syiling palsu pun ada beberapa veraiti. 





Die Chip Error V MDD 50sen 1988



 

Die Chip  Error 

 

MDD pada  bahagian kiri  dan  bumbung  parlimen


Siri  pertama duit  syiling Malaysia juga dikenali sebagai  " siri parlimen. Tahun 1988 adalah  tahun terakhir syiling ini dicetak, sebelum digantikan  dengan  siri kedua iaitu  " siri  bunga raya "  dan  berakhir pada tahun 2011 sebelum siri  ketiga mengambil tempat. 

Syiling 50 sen siri  kedua biasa  ditemui dengan die chip error . Tetapi bagi siri pertama 50sen agak jarang ditemui.  

Di atas Nsdk  pamirkan syiling 50 sen 1988 dengan die chip error dimana serpihan die telah jatuh ke atas planchet semasa proses penempaan dan pada masa yang sama telah berlaku gegaran yang menghasilkan MDD akibat dari kesilapan teknikal mesin. 

Wednesday 6 November 2013

Double Die 10sen 1999 (Gambar terbaru)





Salam semua. Disebabkan hari ini cuti dan mengambil kira komen kawan-kawan Nsdk  cuba ambil kembali gambar syiling 10 sen 1999 yang dijangkakan Double Die. Gambar ini diambil pada sudut dan tempat yang berlainan.

Di atas Nsdk cuba dapatkan gambaran terbaik bagi syiling yang diperkatakan.  Ini sajelah yang mampu dipersembahkan untuk tatapan semua. Macam mana nampak tak ciri-ciri Double Die?

Dibawah ini pula post yang terdahulu.


 

Mengikut pada semakan awal bagi syiling Doubled Dies 10sen, belum tersenarai lagi syiling 10 sen 1999 di atas. Mungkin masih di peringkat semakan. Nsdk ada juga cuba cari di google.... mana tahu terjumpa adik beradiknya. Setakat ini belum bertemu lagi.  

Mari sama-sama kita teliti. Fokuskan pada bahagian tebing tikar. Terdapat dua garisan   terpisah dan garisan tersebut membulat dan tidak leper...seperti ciri-ciri double die.

Jika dari pemerhatian awal rasanya seperti double die. Walau bagaimana pun kita tunggu pandangan pakar. Atau pun pengunjung ada jawapannya. Jika  saya tersilap tolong betulkan ya.

Sunday 3 November 2013

Worn Die 20 sen 1982

 

Logam calar-calar pada syiling 20 sen 1982, yang terhasil berimej positif atau timbul.


Bahagian belakang syiling 20 sen 1982. 

 
Syiling worn die error 10 sen 2011.


Syiling 10sen tahun 2011 memang banyak ditemui kesan worn die error. Di sini Nsdk ingin kongsikan sekeping syiling 20sen 1982. Walaupun syiling worn die tiada nilai Numismatik, kerana ia adalah disebabkan oleh penggunaan die yang lasak...tetapi penemuan sekeping syiling 1982 ini agak istimewa jika benar error yang terhasil disebabkan oleh penggunaan die yang telah rosak.

Sepatutnya syiling begini tidak terlepas di edaran. Mungkin kawan-kawannya yang lain telah dilupuskan. Jika dilihat pada bahagian sisi syiling seperti PMJ. Mungkin juga bahagian sisi syiling rosak setelah syiling ini ditempa oleh die yang rosak. Imej seperti percikan logam kelihatan agak sukar untuk sengaja di rosakkan begitu.

Sila lihat disini....(telah disahkan)
Syiling Worn Die Error 50sen 2005 dengan imej logam percik yang pernah Nsdk siarkan sebelum ini.

Ini hanya pandangan Nsdk sahaja. Mungkin ada pandangan lain?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews