Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 15 February 2014

Syiling Arab Saudi Tahun 1392 Hijrah (Syiling Pokok Kurma)


Ada gambar pokok kurma, pedang dan ada tulisan bahasa Arab..... Hmmm..rasanya ni tentu syiling dari negara Arab Saudi.  Pada bahagian atas tertera nama Raja Arab Saudi,  Faisal bin Abdul Aziz   
Al-Saud. 




Nsdk tercari-cari jugalah beberapa maklumat di google. Mengikut tulisan yang tertera, syiling ini ditempa pada tahun 1392 Hijrah/1972 Masihi.  Lama jugakan. Nsdk perolehi di edaran semasa membuat tukaran syiling-syiling lain.  Syiling ini ada 5, 10, 25, 50 dan 100 halala.  Nilai syiling di atas  adalah 5 halala. (Bahasa Arab 5 Halalah).

Thursday 13 February 2014

Improper Annealed 5sen 2006



Syiling Malaysia siri bunga raya diperbuat dari campuran 75% kuprum dan 25% nikel. Sebelum syiling ditempa blank planchet akan melalui proses pemanasan untuk melembutkan logam. Kepanasan yang kurang sempurna akan menyebabkan kuprum yang sepatutnya berada didalam perpindah ke permukaan syiling dan hasilnya adalah seperti syiling di atas.

 

Bahagian hadapan syiling kurang terjejas, menunjukkan bahagian ini kurang teroksida.  Biasanya jika digredkan oleh PCGS dan sebagainya syiling ini akan dikenali sebagai Improperly Annealed Plan. Sintered Planchet.

Sunday 9 February 2014

Wang Kertas Error RM50 Prefix CD Siri 1


 
Kalau error begini pada syiling  dikira die chip,  wang kertas hendak dipanggil apa? 

 
Tandatangan Gabenor Bank Negara dan Nombor 50 kelihatan kembang. 

 
Dakwat juga kembang pada tulisan RINGGIT MALAYSIA 

 
Gambaran keseluruhan Wang Kertas

Jika jumpa wang kertas RM 50 Prefix CD, belek lama sedikit kerana ada sesuatu yang tidak kena pada siri ini. Setakat ini Nsdk telah menemui 3 keping yang mempunyai masalah dakwat.  Nsdk siarkan satu dahulu, yang lain nanti Nsdk kongsikan kemudian. Pengunjung boleh lihat siri 2 disini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews