Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday, 1 February 2013

Die Gouge 20sen 2007





Die Gouge terhasil akibat die tertusuk alat-alat pembersihan yang tajam hasil dari kerja-kerja yang kurang teliti semasa proses pembersihan die. Die gouge yang popular pada syiling Malaysia biasanya berbentuk bulat. Kadang-kadang pening juga hendak membezakan antara die gouge dan die chip walaupun telah banyak diterangkan oleh pakar-pakar. Pada pandangan Nsdk extra metal di atas daun sireh diatas mempunyai ciri-ciri die gouge memandangkan bentuk extra metalnya yang terkawal dan bentuk daun sireh yang kelihatan sempurna. Mungkin ada pandangan yang lain...


9 comments:

~ said...

Salam bang, mintak tolong previewkan duit2 yg saya ada ni mana 1 yang btol2 error n mana 1 yang bukan error asal boleh?
Link : http://www.flickr.com/photos/17684455@N06/
Terima Kasih

depankanta blogspot said...

Salam nsdk,
Jelas sekali ianya die gouge..Lebihan logam yang mengarah kedalam bukan keluar imej adalah salah satu ciri-ciri die gouge,syiling ini satu spesimen yg baik...Terima kasih kerana berkongsi..

Nsdk said...

Salam kembali Tuan Depankanta...
Lebihan logam yang mengarah ke dalam....saya suka ayat tersebut kerana ianya boleh menjadikan penanda aras bagi membezakan antara die chip dan gie gouge yang sering mengelirukan.

Terima kasih banyak Tuan.

nsdk said...

Salam kembali,
Sebenarnya saya bukanlah pakar. Baru nak belajar-belajar dan begitu mengharapkan pandangan lain melalui perkongsian disini. Nanti saya cuba previewkan untuk perkongsian bersama.

Terima kasih atas kunjungan.

Nsdk said...

Syiling 50 sen dan 20 sen yang membulat dirim dan seakan kembang adalah tumble coin. Biasanya ianya terjadi akibat dipusing oleh mesin basuh berulang-ulang kali. 50sen 1988 pula adalah filled die error. Nsdk juga memiliki syiling berkenaan tetapi belum sempat untuk disiarkan. Boleh lihat di kebanyakkan blog numis. Syiling 10sen yang berbunga adalah pmd...ada tangan-tangan kreatif membuatnya.

~ said...

Terima kasih kerana sudi memberi pandangan bang, saya baru sangat nak belajar melihat dan mengumpul duit2 ni.. jadi ilmu saya lagi kurang dalam bab ni..
Harap mintak tunjuk ajar dari yang lebih tinggi pengalaman dan ilmu dlm bidang ni.

~ said...

Salam kak Aisyah, terima kasih.. sy memang tak pandai sangat nak tengok duit2 ni.. ada pun baru sekantung je.. :P

~ said...

Salam NSDK, duit syiling 20 sen baru ni tergolong dalam error ape ye? nampak macam ade lebihan metal dekat bunga dia, laman web :

http://www.flickr.com/photos/17684455@N06/sets/72157632682729663/

nsdk said...

Salam kembali,

photos/17684455@N06
Die Chip error

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews