Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Sunday, 31 March 2013

Rockwell Test Mark ?



Hajat di hati nak siarkan gambar syiling berlubang-lubang pada pos yang lalu...tapi tak sempat nak ambil gambar. Banyak sangat. Nsdk siarkan syiling ini dulu.

Penguji kekerasan Rockwell digunakan untuk mengukur kekerasan logam dalam Mint AS. Ia mengukur kedalaman penembusan pin keluli pada sesuatu logam syiling. Di Malaysia tidak pula Nsdk tahu alatan jenis apa yang digunakan. Apabila diuji untuk planchet, akan muncul  sebuah lubang kecil bulat dengan lantai licin. Planchet tersebut sepatutnya dibuang.

Adakah kerosakan syiling di atas disebabkan penguji kekerasan logam atau benda asing yang lain?
Pelawat boleh cuba bandingkan kesan yang terjadi pada syiling di AS pada link dibawah. Pada pandangan Nsdk ada  perbezaan dibahagian tebing (mungkin alat yang digunakan berlainan) atau pun jenis error struck through....pandangan anda macam mana?

http://www.error-ref.com/rockwell-test-mark-in-planchet.html

2 comments:

depankanta blogspot said...

Salam nsdk,
Rockwell test mark!, satu perkongsian baru..Tahniah,bagi kita yang masih mencari-cari jawapan syiling error tidak salah jika memberanikan diri berhipotesis dgn andaian kita yang terhampir..depankanta akan meneliti kategori ini dan terima kasih atas perkongsian info yg menarik ini...Terima kasih

nsdk said...

Salam kembali Tn. Depankanta,
Terima kasih dengan pandangan yang diberikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews