Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Monday 10 June 2013

Cud 50 sen 2000 dan 2002


Kesan die yang sompek atau sumbing di bahagian tepi.



Sila lihat anak panah. Cud yang terhasil dari die yang terserpih. 


Walaupun die diperbuat dari logam, tetapi tidak mustahil ianya akan retak atau sumbing.  Penggunaan yang berterusan tambahan pula jika cara pemanasan atau penyejukan kurang betul akan mewujudkan zon sempadan yang boleh menjadi punca kelemahan dibahagian tertentu die.

Kawasan yang membentuk seperti blob atau tompok pada permukaan syiling dikenali sebagai Cud. Error ini biasanya terjadi di pinggir syiling yang bermula dari retak atau crack dibahagian tersebut.

Kadang-kadang cud juga boleh terhasil dari die chip error jika bahagian tersebut mengalami kerosakan yang teruk dan lari dari reka bentuk asal.  Bahagian yang tertera pada syiling akan menjadi kosong dan akan menghasilkan cud atau blob.  Tetapi biasanya cud bermula dari die yang retak.



2 comments:

Anonymous said...

Fyi terdapat 2 bulatan kecil diantara Huruf R dan A pada Ayat NEGARA pada syilling 10 sen Edisi ke 3 tahun 2012...tapi tak tahu samada ianya adalah error atau sebaliknya...

Unknown said...

Kena tengok syilingnya dahulu. Syiling 10 sen edisi ketiga memang ada ditemui dengan Die Gouge Error.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews