Syiling ini kelihatan kotor sekali. Mungkin ramai yang sudah tahu akan keistimewaan syiling 50 sen 2009. Syiling ini jelas kelihatan kesan gandaan pada sebahagian tulisannya sebab itulah Nsdk ingin menyimpannya walaupun telah memiliki syiling 50sen 2009 Double Die yang lain. Kesan kotoran pada syiling tersebut seperti minyak. Syiling memang tidak digalakkan untuk dicuci kerana akan menghilangkan keaslian warnanya serta bercalar dan akan turun harga. Syiling kalau hendak dibersihkan juga bolehlah direndam didalam air suam dan dikeringkan dengan menggunakan kain yang lembut atau kapas. Tekap-tekap sahaja tak perlu gosok. Tidak tahulah lagi hendak dibersihkan atau tidak....
Kesan gandaan yang menarik pada syiling terjadi kerana berlaku kesilapan pada acuan.
4 comments:
Salam, walaupun kulitnya hitam manis tetapi teta menawan.
Waa’laikumussalam,
Iya Irwan.. . Nsdk memang tidak akan melepaskan setiap syiling 50 sen 2009 sebelum dibelek.
Terima kasih.
unik tuu., salam ramadhan ye cik kak nsdk tuu
Syiling doubled die memang unik Wak. Salam Ramadhan utk Wak juga.
Post a Comment