Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Sunday, 28 October 2012

Syiling Bernilai, Jom Cari...

Sebenarnya masih ramai yang belum tahu tentang hobi yang unik ini. Seolah-olah macam mencari harta karun untuk syiling-syiling yang Rare dan Error. Pemburuan yang menyeronokkan!. Ia ada dimana-mana... dalam laci...dalam tabung...dalam kotak...dalam poket...dalam handbag dan sebagainya.. atau pun dari tukaran dibank atau kedai runcit....

Kadang-kadang kita macam tidak percaya akan memperolehi syiling-syiling lama masih baru bagaikan tidak pernah digunakan.  Saya sendiri banyak menemui syiling-syiling tersebut. Inilah masanya memburu sebelum syiling-syiling siri pertama dan kedua ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia. Modal yang diperlukan terlalu kecil ...bermula dari 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen hingga 50 sen.....berbanding nilai syiling tersebut bila dijual.....Anda boleh buat carian di google...cuba lihat harga-harga terkini untuk syiling-syiling tertentu diebay dan mudah.my. Harganya boleh mencecah puluhan....ratusan malah sehingga ribuan ringgit. Yang penting cari...(jangan sesekali dibersihkan)....simpan dgn cara yang betul... kalau tak minat nak simpan, boleh jual...

Anda boleh dapatkan senarai syiling buruan di blog-blog para numismatik. Salah satu darinya ada di blog rakan saya Depankanta.blogspot.com  SYILING BURUAN 2011
dan dapatkan juga syiling-syiling error .... terutama DOUBLE DIE..

2 comments:

Elly Heilis said...

assalam.. saya memang tak pernah tahu pasal hobi nih.. memang saya suka kumpul syiling.. tapi tak penah pulak terpikir nak tgk error ni semua.. menarik..!!
hurm.. esok nak start korek tabung, check syiling lah.. hehe. :-)

nsdk said...

Waalaikumussalam,

Check.. jangan tak Check. Kalau jumpa key dates, extra dot atau double dies...jangan lupa kongsikan nanti di blog. Saya pulak yang tak sabar nak tengok hasil buruan... Macam saya memang pantang nampak syiling......

Terima kasih keran sudi berkunjung ke blog saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews