Agaknya mengapa bunga raya ini lari ke belakang dan imej daun pula lebih ke hadapan?
Gambar ini nampak kabur sebab pecah. Nanti nsdk cuba ambil semula...
silap setting.....
Syiling ini benar-benar membuat Nsdk keliru. Jika dilihat pada nombor lima dan kosong.. jelas kesan seret pada nombor tersebut... MDD lah tu kan.. Tetapi kenapa bunga raya tu seolah-olah bertingkat dan bukan diseret.. Harap ada sesiapa yang sudi membantu...
*Tajuk telah ditukar selepas mendapat pandangan dari pakar Tn. Mnfaj dan Tn. Depankanta
4 comments:
Salam nsdk,
Depankanta berpendapat syiling ini adalah Die deterioration doubling(DDD)..Kewujudan Imej bergandanya tidak begitu jelas dan tidak ada"garis sempadan" yg jelas antara imej utama dan kedua..Cuba nsdk perhatikan imej berganda dgn memusing2kan syiling ini,akan jadi "kejap ada,kejap tiada"imej berganda kerana ianya wujud pada satu imej sahaja,cuma kelihatan seolah2 dua imej berganda..
Ini hanya pendapat depankanta sahaja,mungkin pakar2 DD kita ada pendapat lain...kita kongsi..
Terima kasih banyak utk perkongsian menarik ini..
Salam kembali Tuan Depankanta,
Sebenarnya syiling ini jika dipusingkan kearah mana sekali pun..imej berganda tersebut sangat jelas kelihatan. Walaupun syiling ini dilihat tanpa disendengkan. Seolah-olah bunga raya di letakkan ke belakang sedikit di atas daun.
Terima kasih banyak diatas pemerhatian Tuan Depankanta.
Salam NSDK,
Saya pun sependapat dengan depankanta, ini adalah jenis antara MDD atau DDD. DD (Doubled Die) memerlukan pengasingan serif - iatu dia imej yang berbeza terbentuk baru boleh diiktiraf sebagai DD.
Terima kasih kerana berkongsi. :)
mnfaj.blogspot.com
Wslm.... Tuan Mnfaj,
Agaknya saya nie teruja sangat nak dapat syiling DD....(Tn. Mnfaj nampaknya dapat sekeping lagi DD 1 sen 1980..kali nie macam senang je) Hehe.. anak murid nie degil sikit...walaupun saya sebenarnya perasan tiada pengasingan serif pada syiling tersebut.. tetapi nsdk ingatkan ini jenis DD yang lain lebih-lebih lagi bayang-bayangnya sangat jelas syiling ini memang berbeza dari syiling DDD yang nsdk temui. Terima kasih banyak diatas pandangan yang telah diberikan. Terimakasih Tuan Mnfaj ...Terima kasih Tuan Depankanta... Jangan jemu mengajar saya...
Post a Comment