Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 4 May 2013

Die Chip Error v Die Gouge Error 10sen 1990 ?





Jika dilihat pada keadaan syiling tidaklah secantik Bu atau Unc.  Tetapi keistimewaannya jarang-jarang ditemui syiling bunga raya bertindik seperti ini.  Die Chip Error terbentuk hasil dari serpihan kecil die yang jatuh ke atas planchet semasa penempaan manakala die gouge  error terjadi jika die tertusuk alatan pembersihan.
Dot yang terhasil nampak sama tetapi errornya mungkin tidak serupa kerana kedudukannya.

Dot yang lebih besar berada sebahagian sahaja dikelopak bunga raya lebih kepada die chip error dimana die terserpih  di bahagian tepi atau pun asalnya die gouge tetapi telah membesar jadi die chip. Manakala dot yang lebih kecil walaupun berada ditepi kelopak bunga raya  tetapi ia masih berada di kawasan dalam corak bunga dan daun. Kelopak bunga raya juga kelihatan sempurna.   Macam mana ya...boleh ke dikategori sebagai die gouge error ?.  Pening kepala juga fikir ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews