Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Wednesday 2 October 2013

50sen 1969 yang mengejutkan!


  


     

Baru-baru ini semasa acara lelongan oleh MNS   , ramai yang terkejut dengan harga syiling diatas. Syiling Malaysia siri parlimen 50sen 1969 (berparit) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2 juta keping telah terjual dengan harga RM2,800.00.  Jika syiling tersebut tanpa parit atau mild edge....tidaklah hairan sangat sebab memang syiling tersebut susah nak dapat.

Wah kalau macam ni, kayalah. Nsdk ada tiga keping. Nanti dulu... jangan cepat melatah.  Rasanya bagi kolektor tentu ramai yang tahu tentang gred syiling ni, bagi yang bukan kolektor masih ada yang kurang mengetahui apa itu UNC, EF,VF dan sebagainya.

  




Syiling 50sen 1969 (berparit) yang telah dibida dengan harga yang agak tinggi tentu mempunyai gred yang baik iaitu UNC lebih kurang macam syiling 20sen 1987 di atas. Tiada kesan calar, jika ada pun kesan yang tidak begitu ketara mungkin terjadi semasa proses penempaan, masih kelihatan warna asal walaupun sedikit berubah. Tiada kesan tompokan atau pecah . Paling penting sekali syiling tersebut jangan dibersihkan dan ada orang yang sanggup nak beli dengan harga yang tinggi. Syiling 50sen 1969 yang Nsdk pamirkan di atas hanya bergred VF.  Tetapi oleh kerana ia  syiling key date patut simpan juga kerana walaupun kurang premiumnya tetapi  masih ada nilai yang tersendiri.  Syiling ini tentu akan dicari suatu hari nanti dengan pertambahan pengumpul syiling lama yang semakin meningkat.

3 comments:

Anonymous said...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

W.Salam.
Kepada anonymous yang bertanya. Anda boleh cuba bertanya pada kedai yang menjual duit lama. Senarai kedai tersebut ada di blog Malaysiacoin. Maaf saya terpadam komen anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews