Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Saturday 18 January 2014

Nilai Gred Syiling Anda.

Syiling yang telah digred mempunyai harga jauh lebih tinggi dari syiling tanpa gred. Seperti syiling 50 sen 1969 yang telah di gred mencecah harga melebihi RM 10,000.00 ringgit berbanding RM 2,800.00 tanpa gred. Ini hanya contoh perbezaan harga disamping faktor -faktor lain. 

Kita biasa lihat pada  kapsul syiling yang telah di gred tertera MS64, MS62/65. Tertanya -tanyalah  juga.... sistem apa yang digunakan. Sampai nombor berapa ya? 

Rupa-rupanya Sistem asalnya diperkenalkan oleh Dr. William H. Sheldon dan telah mula digunakan untuk    mengred syiling awal tahun 1970an. Sheldon Scale ’ yang masih digunakan sehingga kini di bahagikan kepada  pelbagai  gred,  dari  1-70.   

Jika tertulis MS63/65, itu bermaksud Split Grade ’ dimana gred di bahagian hadapan dan belakang syiling adalah berbeza.

Secara ringkas Syiling digred seperti berikut. MS 70 adalah terbaik : -

P - Poor (1)
F - Fair (2)
AG - Almost Good (3)
G - Good (4-6)
VG - Very Good (8-10)
F - Fine  (12-15)
VF - Very  Fine (20-35)
EF - Extremly Fine (40-45)
AU - Almost Uncirculated (50-58)
MS (Unc)- Mint State (60 - 70)

Pengunjung boleh lihat  senarai lengkap jadual tersebut dan kategori syiling yang diterima untuk pengredan disini,

http://www.pcgs.com/grade

Kalau nak lihat contoh syiling yang telah digred untuk dibandingkan dengan syiling kita boleh klik di sini :
http://www.pcgs.com/photograde/

Terdapat tiga syarikat yang terkenal dalam pengredan syiling dan harga serta syarat yang ditawarkan adalah berbeza. Syarikat tersebut adalah NGC (Numismatic Guaranty Corporation, PCGS (Professional Coin Grading Service) dan ANACS (America’s Oldest Grading Service).  Tetapi tentulah yang ada cawangan terdekat yang menjadi pilihan. 

Rasanya tentu ramai kolektor dah tahu, PCGS telah pun membuka cawangannya di  Singapura.

Walau apapun pilihlah syiling yang berbaloi untuk digredkan. 




1 comment:

Unknown said...

Salam... Saya ada syiling yg mungkin di guna zaman firaun. Mempunyai gambar kaabah lama dan tulisan arab serta nombor yg mungkin tahunnya iaitu 166. Maklumat lanjut hubungi saya 0122630616.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews