Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Sunday, 5 January 2014

Syiling 50 sen 2011, Struck Through atau PMJ ?




 
Nampak seperti die cracked berhampiran kawasan bertanda biru. 


Jika syiling 50 sen 1979 dan 1988 popular dengan extra dotnya, syiling 50 sen 2011 ini mempunyai beratus extra dot besar dan kecil sehingga tidak terbilang.  Nsdk menemui syiling ini di edaran.  Apakah yang menyebabkan timbulnya extra dot yang begitu banyak.  mungkinkah die di bahagian atas (hammer die) telah rosak teruk sehingga berlubang-lubang?. Rasanya takkanlah teruk sangat kualitinya sedangkan die di bahagian bawah (anvil die) masih kelihatan elok berdasarkan gambaran pada bahagian belakang syiling.

Nsdk cuba padankan dengan beberapa syiling extra dot palsu yang disiarkan oleh sifu Numismatik Mr. Dickson Niew.  Beliau ada mempamirkan beberapa keping syiling extra dot palsu di blog. Melihat pada syiling 5 sen 1982 yang telah direka dot pada bintang, jika diterbalikkan akan kelihatan kesan lekuk di bahagian belakang syiling.

Bagaimana pula dengan syiling ini? Terlalu banyak dotnya dan bahagian belakang syiling langsung tidak terjejas. Bolehkah syiling ini di kategorikan sebagai Struck Through Error, Worn Die, PMJ atau sebagainya?. Buat pemerhatian awal Nsdk menganggap ia sebagai Struck Through Error  dimana ada benda asing telah terperangkap di antara die dan planchet semasa proses penempaan. Ini hanya pandangan Nsdk sahaja.

Harap ada pengunjung yang lebih arif sudi memberikan ulasan. 

Bila melihat syiling di atas yang penuh dengan dot teringat pula syiling di bawah    yang penuh dengan garisan tetapi syiling ini  bergaris di kedua - dua belah  muka yang Nsdk kategorikan sebagai cracked planchet.  

 

 

Bila Mr. Dickson kata kemungkinan glue,  Nsdk cuba koyak lapisan glue yang terlekat pada syiling untuk melihat bentuknya Inilah hasilnya. Haha...rupanya  syiling ni pakai masker.  Tetapi syiling 10 sen di atas tetap begitu. 











7 comments:

aku dan tawarikh said...

rasa geli geleman plak tengok gambar bulat kecik2 tuh..huhuhu...first time tengok error camni..apapun terbaikkk..huhuh

Nsdk said...

Hihi...lawak betullah. Tapi memang ya pun. Terima kasih Nazrie.

DICKSON NIEW said...

Saya rasa ia adalah kesan kering glue yang melekat atas permukaan Obverse coin ini.Cuba rendam dalam air atau alcohol!

Nsdk said...

Nanti saya cuba rendamkan dalam air dan maklumkan hasilnya. Terima kasih Mr. Dickson di atas kunjungan.

Nsdk said...

Nsdk tak jadi rendam, cuma koyakkan je. Akhirnya misteri terjawab, memang glue. Tipah tertipu!! . Huhu. Tetapi syiling sepuluh sen di atas tetap kekal begitu.. .tidak berubah. Terima kasih sekali lagi Mr. Dickson.

duacongkak said...

Asslm...kum tuan Nsdk.
menarik sekali info yg diberikan.. kebetulan sy pun pernah terbitkan item PMJ dari glue dengan istilah tangan gatal 50sen 2002. Tp sy x kopek lapisan glue sbb terasa sayang plk. ianya semata2 utk rujukan sendiri shj.
tq

Nsdk said...

W. Salam,

Mulanya rasa sayang juga nak kopek ..tapi takpelah Nsdk korbankan untuk kajian. Nanti tgk gambar jelah sebagai kenangan. Terima kasih Tn. Duacongkak sudi melawat ke blog Nsdk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews