Syiling terbaru dalam blog

get this widget here

Friday 14 March 2014

Senarai Die Clash Syiling 20sen Bunga Raya

Antara Syiling error yang menarik untuk dijadikan koleksi , adalah Syiling Die Clash Error.  Walaupun Syiling ini tidak menjanjikan premium ratusan atau ribuan ringgit namun tidak dinafikan satu hari nanti syiling ini akan dicari oleh pengumpul syiling error. Sekarang pun sudah ada doktor syiling yang cuba untuk memalsukan Syiling error, menunjukkan Syiling begini ada permintaan,  tetapi error palsu dan tulen ada perbezaannya.  Die Clash Error adalah bukti wujudnya kesilapan peralatan mesin membuat syiling dimana planchet tidak berada ditempat yang sepatutnya semasa proses penempaan.  Jadi die atas berlaga dengan die bawah tanpa kehadiran planchet ditengahnya. 

Imej yang terbentuk pada die akan menghasilkan Die Clash Error pada planchet yang ditempa seterusnya.

Berikut adalah beberapa contoh syiling error 20 sen die clash yang sempat Nsdk kumpulkan. 


 
1993


 
2001


2002 (1)

2002(2)


2005


2010(1)

2010(2)


8 comments:

Unknown said...

Taniah, contoh-contoh yang bagus dengan tanda-tanda Die Clash yang nyata.Syabas

Nsdk said...

Terima kasih Sifu diatas komen yang diberikan. Nanti Nsdk akan cuba kumpulkan Siri Die Clash 10sen pula.

Anonymous said...

Tahniah n assalam tuan Nsdk...
semua cantik n nampak jelas Die Clashnya. paling menarik siri 2010 (1) kelihatan mcm Double Die Clash plk...

sakit mata nak dapatkan siri die clash mcm ni...
tq tuan kerana berkongsi maklumat ini.

Nsdk said...

Salam kembali Tn Dua Congkak. Memang Syiling 20sen tahun 2005 dan 2010(1) adalah double die clash error.

Rasanya tak sakit mata untuk mencari Syiling die clash ni. Cari tempat yang mempunyai cahaya yang cukup, duduk membelakangkan tingkap misalnya dan sendengkan Syiling tersebut, kalau die clash senang nampak. Tak perlu belek lama. Terima kasih Tn.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, NSDK...

Salam kenal dan maaf baru sempat membalas kunjungan.

Sangat menarik melihat hobi menggumpul duit syiling ini. Tidak pernah terfikir oleh saya adanya kesilapan dalam mencetak duit syiling. Saya yakin saya juga pernah bertemu dengan duit-duit seperti ini, cuma mengganggap ia perkara biasa dan tidak menarik perhatian. Setelah melihat posting2 di sini, sangat menakjubkan dan memberi banyak ilmu pengetahuan.

Tahniah dan syabas atas usaha yang dijalankan. Semoga terus bersemangat menggumpul syiling Malaysia.

Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak

SITI FATIMAH AHMAD

Nsdk said...

Waalaikumussalam wr.wb. ,
Bersemangat saya membaca kata-kata ctfatimah. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan teruskan lagi perkongsian ini. Terima kasih banyak.

Unknown said...

Saya ada beberapa 4kpg 10sen 2 kpg 5 sen dan 1kpg 1sen..tapi siri pertama...kalau tuan berminat boleh whatsapp saya untuk lihat...saya sdg cari buyer utk duit ni.t.kasih

Nsdk said...

Terima kasih kembali. memandangkan saya memang suka membelek syiling, jadi saya ada memiliki lebihan syiling-syiling yang dimaksudkan. Mungkin juga ada pengunjung disini yang berminat.

Terima kasih saudara Mohd Ali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen Pengunjung



Total Pageviews